Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Sadriddin Abdullaev | ||
Tarikh lahir | 11 Jun 1986 | ||
Tempat lahir | Uzbek SSR, Soviet Union | ||
Ketinggian | 1.77 m (5 ka 9 11⁄16 in) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | T-Team | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2005-2010 | Pakhtakor Tashkent | ||
2009 | → Changchun Yatai (pinjam) | 9 | (2) |
2010 | Lokomotiv Tashkent | 12 | (2) |
2011 | Shurtan | 9 | (0) |
2012-2014 | Lokomotiv Tashkent | 52 | (7) |
2015 | T-Team | ||
Pasukan kebangsaan | |||
2008 | Uzbekistan | 3 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 7 November 2014 |
Sadriddin Abdullaev (lahir 11 Jun 1986) merupakan seorang pemain bola sepak profesional Uzbekistan yang bermain sebagai pemain tengah untuk T-Team FC dalam Liga Perdana Malaysia.
Abdullaev memulakan karier bola sepaknya di Pakhtakor Tashkent. Pada 25 Julai 2009, dia berpindah secara pinjaman ke Changchun Yatai.[1] Dia bermain 9 perlawanan dan menjaringkan 2 gol dalam musim 2009. Selepas kontraknya bersama Changchun berakhir, dia kembali ke Uzbekistan dan menyertai Lokomotiv Tashkent pada tahun 2010. Pada akhir bulan November 2014, dia menandatangani kontrak bersama kelab Malaysia, T-Team.
Abdullaev membuat penampilan sulungnya untuk Uzbekistan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2010 menentang Arab Saudi dimana mereka kalah 0-4 pada 22 Jun 2008.[2]