Sam Carling | |
---|---|
Ahli Parlimen Cambridgeshire Barat Laut | |
Menyandang jawatan 4 Julai 2024 | |
Didahului oleh | Shailesh Vara |
Majoriti | 39 (0.09%) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | April 2002 (umur 22) England Timur Laut |
Parti politik | Buruh |
Tempat belajar | Kolej Kristus, Cambridge |
Sam Carling (lahir April 2002) ialah ahli politik British yang berkhidmat sebagai ahli Parlimen Cambridgeshire Barat Laut sejak 2024.[1] Seorang ahli Parti Buruh, beliau telah mewakili Chesterton Barat di Dewan Bandaraya Cambridge sejak 2022, memegang jawatan Exco untuk kawasan lapang dan perkhidmatan bandar.[2]
Carling bersekolah di Sekolah Barnard Castle, sebuah sekolah berasrama penuh di Daerah Durham, dan mencapai 5 gred A* A-Level dan EPQ. Carling kemudian menuntut dalam bidang sains semula jadi di Kolej Kristus, Cambridge, menamatkan pengajian dengan kepujian kelas pertama pada 2023.[3]
Carling menewaskan penyandang ahli parlimen Shailesh Vara pada pilihan raya umum 2024 dengan margin hanya 39 undi, menjadi ahli parlimen Parti Buruh pertama untuk Cambridgeshire Barat Laut. Pada usia 22 tahun, dia digelar "Baby of the House" sekarang.[4] dan merupakan ahli parlimen pertama yang dilahirkan pada abad ke-21.
Unrecognised parameter | ||
---|---|---|
Didahului oleh Shailesh Vara |
Ahli Parlimen Cambridgeshire Barat Laut 2024 – kini |
Pemegang jawatan kini |