Samir Karnik

Samir Karnik
Kelahiran (1974-11-06) 6 November 1974 (umur 50)
PekerjaanPengarah, penerbit, penulis
Tahun aktif2002-kini

Samir Karnik (Bahasa Panjabi: ਸਮੀਰ ਕਾਰ੍ਨਿਕ, Hindi: समीर कार्निक, Urdu: سمیر کارنک‎), ialah seorang pengarah, penerbit dan penulis India dari perfileman Hindi.

Karnik menduduki kerusi pengarah menerusi filem pertamanya Kyun! Ho Gaya Na... pada 2004 yang dibintangi oleh Aishwarya Rai dan Vivek Oberoi.[1] Beliau menerbitkan dan mengarahkan filem Heroes pada 2008.[2] Beliau juga menulis cerita dan dialog beberapa filemnya.

Filem arahannya Yamla Pagla Deewana yang dibintangi oleh Dharmendra, Sunny Deol dan Bobby Deol dikeluarkan pada 14 Januari 2011.[3]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Filem Peranan Catatan
2012 Chaar Din Ki Chandni Pengarah
2011 Yamla Pagla Deewana Pengarah, Penerbit
2009 Vaada Raha Pengarah
2008 Heroes Pengarah, Penerbit
2007 Nanhe Jaisalmer Pengarah
2004 Kyun! Ho Gaya Na... Pengarah
  1. ^ "'I still don't know how to take a shot': Samir Karnik". Rediff. 11 Ogos 2004. Dicapai pada 1 Januari 2011.
  2. ^ "After patriotism, Samir Karnik moves to action-thriller". Daily News and Analysis. Dicapai pada 1 Januari 2011.
  3. ^ "Yamla Pagla Deewana re-climaxed". Mid-Day. 2010-12-06. Dicapai pada 1 Januari 2011.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]