Pada tahun 1992, Samsung mendapat kebenaran untuk menubuhkan kilang alat berat melalui Samsung Heavy Industries, dengan bantuan teknologi dari Nissan Diesel.[8][9] Pada tahun 1994, pemerintah daerah mengeluarkan semua permohonan rasmi yang diperlukan,[6] walaupun sebenarnya Samsung Heavy Industries telah memasang trak sejak Mei 1993,[3] dan juga menghasilkan prototaip kereta elektrik antara tahun 1993 dan 1994 (SEV-I, SEV-II, dan SEV-III).[10] Pada tahun 1996, Samsung Commercial Vehicles dipisah dari Samsung Heavy Industries[11][12][13] dan pada tahun yang sama juga mula membangunkan kilang kendaraan di Daegu.[3][5][6] Pembuatan trak kemudian dipindahkan dari Changwon ke kilang baru tersebut pada akhir tahun 1997.[14] Syarikat kemudian membuka pusat perkhidmatan teknikal di Pyeongtaek.[3] Perniagaan pembuatan alat berat Samsung Heavy Industries, yang terutama menghasilkan penggali, kemudian dijual kepada Volvo pada {512 juta} pada Julai 1998, berikutan krisis kewangan Asia. Nama perniagaan itu kemudian diubah menjadi "Volvo Construction Equipment Korea" dengan Samsung hanya memegang 13% perniagaan, dan menerima sejumlah pembayaran kerana Volvo ingin menggunakan jenama "Samsung" untuk tiga tahun akan datang.[15] Perniagaan pengeluaran forklift kemudian dijual kepada Clark Material Handling Company,[16] yang sebelumnya telah melesenkan reka bentuk forklift Samsung sejak 1986, setelah pakatan OEM dibentuk secara rasmi pada tahun 1984.
Krisis kewangan Asia kemudian berlaku ketika Samsung Commercial Vehicles memasarkan produk pertamanya.[13][17] Samsung kemudian menjual perniagaan pengeluaran kenderaan (Samsung Motors) kepada Renault,[17] namun, setelah berunding dengan Renault VI,[18]Scania[19], dan Volvo,[20] Samsung akhirnya memutuskan untuk membatalkan penjualan tersebut.[17] Salah satu model trak yang dihasilkan, iaitu Samsung SV110 dengan mesin diesel 2,7 liter dan JBB 3,5 tan juga dijual ke luar Korea Selatan, seperti Itali, Turki, dan Poland.[21] SV110 juga dijual di Jepun dan dieksport ke 26 negara.[22] Pada April 2000, syarikat ini dan SsangYong Motor menandatangani perjanjian untuk menjual trak bersama-sama.[23] Model trak lain, SM510, dijual di United Kingdom pada 1999.[24]
Antara tahun 1997 dan 1999, syarikat tersebut hanya dapat menguasai 4% bahagian pasaran kenderaan komersial di Korea Selatan, sehingga sukar mencapai skala ekonomi. Syarikat itu juga kehilangan wang dalam tempoh tersebut, dan meneruskan perniagaannya dengan sokongan sekutu kewangan Samsung.[25] Pada Oktober 2000, produksi trak di kilang milik syarikat ini di Daegu dihentikan, didakwa kerana mengalami masalah dalam mendapatkan mesin baru dari Nissan. Rancangan untuk pengeluaran akan dilanjutkan kembali pada Mei 2001.[26] Pada awal November 2000, Samsung mengumumkan bahawa ia akan menjual aset Samsung Commercial Vehicles untuk membayar hutang dan memindahkan pekerjanya,[19] selepas tekanan dari pemiutang bank.[2] Pada akhir tahun 2000, Samsung Commercial Vehicles secara rasmi diisytihar muflis.[4][7] Semua asetnya lalu dijual dan para pegawainya dipindah ke anak usaha Samsung Group yang lain.[4][27][28]
Penutupan Samsung Commercial Vehicles, bersama dengan kebangkrapan Daewoo Motors juga melemahkan keadaan ekonomi Daegu.[29] Kebangkrapan Samsung Commercial Vehicles juga menyebabkan dakwaan dan tuduhan penipuan[30][31] dan pemusnahan bukti dari pengurus tertentu.[32][33]
Pembubaran syarikat ini selesai secara rasmi pada tahun 2002.[1][4]
Pada awalnya, model buatan Samsung Commercial Vehicles menggunakan jenama Samsung dan sebutan model di depan. Pada tahun 1998, syarikat ini menggunapakai identiti dari Samsung Motors, dengan menggunakan lencana jenama yang sama pada gril yang direka bentuk semula.[34]
^ ab"삼성상용차 24일 파산 신청" [Samsung Commercial Vehicles for bankruptcy on the 24th]. article.joins.com (dalam bahasa Korean). JoongAng Ilbo. 23 February 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 August 2013. Dicapai pada 24 August 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
^ abcd"삼성상용차 부지 경매절차 시작" [Starts the process to auction the Samsung Commercial Vehicles' lot]. yeongnam.com (dalam bahasa Korean). The Yeongnam Ilbo. 16 October 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2014. Dicapai pada 20 March 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
^ ab"History". Samsung. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 July 2012. Dicapai pada 19 March 2013.
^ abcGuillen, Mauro F. (2003). "Developing Industry: Automobile and component manufacturing". The Limits of Convergence: Globalization and Organizational Change in Argentina, South Korea, and Spain. Princeton University Press. m/s. 166–167. ISBN978-0-691-11633-4.
^"삼성 상용차 참여 시동" [Samsung's commercial vehicle involvement startup]. news.joins.com (dalam bahasa Korean). JoongAng Ilbo. 12 June 1992. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 June 2016. Dicapai pada 4 June 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
^"ルノーは日産ディーゼルをこうする!? ---サムソン商用車の末路" [Will Renault do the same with Nissan Diesel!? Samsung Commercial Vehicles ends] (dalam bahasa Japanese). Response.jp. 12 December 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 April 2016. Dicapai pada 8 June 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
^ abHong, Gweon-sam (24 November 2000). "Truck Firm Files For Bankruptcy". koreajoongangdaily.joins.com. JoongAng Ilbo. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 December 2014. Dicapai pada 15 September 2016.
^"삼성상용차, 대구산 차량 18일 첫 출고" [Samsung Commercial Vehicles' Daegu assembly plant to make the first shipments on the 18th]. news.chosun.com. The Chosun Ilbo. 12 November 1997. Dicapai pada 6 October 2016.
^ abKim, Jong-soo (4 November 2000). "삼성상용차 "엄정한 평가"…그룹계열사 인력 수용" [Transfer of workforce from Samsung Commercial Vehicles in "strict evaluation"]. fnnews.com (dalam bahasa Korean). The Financial News. Dicapai pada 31 May 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
^"Bargain prices at Polish show". Commercial Motor. Sutton: Reed Business Information. 191 (4881): 14. 29 June 2000. ISSN0010-3063.
^"삼성1t 트럭 日 첫 수출" [Samsung's 1t trucks first export to Japan]. news.joins.com (dalam bahasa Korean). JoongAng Ilbo. 9 March 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 June 2016. Dicapai pada 4 June 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
^Jarvis, Bryan (27 May 1999). "New equipment comes on site". Commercial Motor. Sutton: Reed Business Information. 189 (4826): 16. ISSN0010-3063.
^"[기업퇴출] 삼성 상용차-`불패신화' 동반 퇴출" [Corporate withdrawal - Samsung Commercial Vehicles ending the "unbreakable myth"]. jjan.kr (dalam bahasa Korean). Jeonbuk Ilbo. 3 November 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 May 2017. Dicapai pada 31 May 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
^Kim, Gi-won (November 2004). "韓国自動車産業の構造調整をめぐる争点" [Issues associated with the restructuring process of the Korean automotive industry] (PDF). The Journal of the Ohara Institute for Social Research (dalam bahasa Japanese). Ohara Institute for Social Research (552): 24. ISSN0912-9421. Diarkibkan(PDF) daripada yang asal pada 22 February 2006.CS1 maint: unrecognized language (link)
^"<기업구조조정> 삼성상용차, 자산은 매각·인력은 계열사 수용" ["Corporate restructuring:" Samsung Commercial Vehicles, sale of assets and personnel transfer to subsidiaries] (dalam bahasa Korean). Labortoday.com. 3 November 2000. Dicapai pada 20 March 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
^Chang, Duckjoon (2010). "Reforms and decentralization in Korea and Russia: issues and research agendas in the center-periphery relations". The Journal of East Asian Affairs. Institute for National Security Strategy. 24 (2): 137. ISSN1010-1608. JSTOR23258216.
^"심상정의원이 예금보험공사의 삼성 상용차에 대한 조사와 관련하여 제기한 5가지 의혹에 대한 해명" [Members of the Deposit Insurance Corporation in connection with an investigation into Samsung Commercial Vehicles which raised doubts about five registers]. newswire.com. Newswire. 25 September 2005. Dicapai pada 24 August 2013.
^"삼성상용차 설비매각, 알고보니 '비리 투성'" [Sale of Samsung Commercial Vehicles' equipment and units looked 'riddled with corruption']. Ohmynews.com. 8 October 2004. Dicapai pada 20 March 2013.
^"三星商用車 SM/SVトラック" [Samsung Commercial Vehicles SM/SV trucks] (dalam bahasa Japanese). Motor.geocities.jp. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 June 2016. Dicapai pada 10 June 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)