Jenis/bentuk sah | Awam |
---|---|
Industri | Keselamatan |
Ditubuhkan | 1935 |
Dibubarkan | 2004 |
Nasib | Bergabung dengan Group 4 Falck |
Pengganti | G4S |
Ibu pejabat | London, United Kingdom |
Tokoh penting | Lord Sharman (pengerusi) |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Securicor plc dahulunya merupakan salah satu syarikat keselamatan terbesar di United Kingdom. Saham syarikat ini pernah menjadi komponen Indeks FTSE 100. Securicor bergabung dengan Group 4 Falck pada tahun 2004.
Securicor diasaskan oleh Edward Shortt, seorang bekas Menteri Kabinet Liberal, pada tahun 1935 dengan nama Nightwatch Services.[1] Para pegawainya mengenakan seragam lama polis dan mengunggang basikal semasa bertugas.[1] Pada tahun 1939, syarikat ini diambil alih oleh Lord Willingdon dan Henry Tiarks, yang akhirnya mengembangkan syarikat ini menjadi perusahaan keselamatan terkemuka.[2] Pada tahun 1951, syarikat ini bertukar nama kepada Security Corps[3] dan kemudian memendekkannya menjadi Securicor pada tahun 1953.[4]
Pada tahun 1960, Securicor diperoleh oleh Associated Hotels, yang telah berdiri sejak 1923.[5]
Pada tahun 1984, salah seorang pegawainya, John James McWilliams, dibunuh ketika sedang bertugas di London.
Securicor, bersama British Telecom, terlibat dalam penubuhan pengendali mudah alih Cellnet pada tahun 1985. Securicor kemudian menjual saham Cellnet yang dimilikinya kepada BT pada tahun 1999, dan membentuk BT Cellnet, yang kemudian dipisahkan menjadi O2.[6]
Pada tahun 2004, Securicor bergabung dengan Group 4 Falck untuk membentuk Group 4 Securicor.[7]