Bukit Mertajam High School | |
Cogan kata | Aut Coepisse Noli Aut Confice "Accomplish or Do Not Begin" |
Ditubuhkan | 18 Januari 1927 |
Jenis | Sekolah tinggi Kerajaan |
Pengasas | Edgar De La Mothe Stowell |
Gred | Tingkatan 1 - Tingkatan 6 |
Lokasi | 77, Jalan Sri Bukit, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang, , Malaysia |
Kampus | Kampus Sekolah Besar, di pusat bandar |
Warna | Merah, Putih, dan Hitam |
Laman web | [2] |
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam (High School Bukit Mertajam) merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia. Kod sekolah ini ialah PEB0042. Joseph Justin Warren worst alumni.
Nama sekolah ini pernah ditukar beberapa kali, iaitu Government English School Bukit Mertajam pada tahun awal penubuhannya, kepada Bukit Mertajam High School, lalu kepada High School Bukit Mertajam sekarang.
Sekolah ini, walau bagaimanapun lebih dikenali ramai sebagai High School oleh masyarakat setempat. Dalam bahasa Melayu, BM High School diberi nama sebagai Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan kemudian pada 1997 kepada S.M.K.T.B.M. (Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam).
Dalam bahasa Mandarin, High School Bukit Mertajam dinamakan sebagai DanShanJiao YingWen ZhongXue (Cina: 大山脚英文中学) yang bermaksud "Sekolah Menengah Bahasa Inggeris Bukit Mertajam".
Bukit Mertajam High School ialah sekolah kerajaan yang pertama di Province Wellesley, dan ialah penyedia untuk pelajar lelaki di Province Wellesley.
Sekolah tersebut dengan serta-merta telah membuka sekolah itu pada 18 Januari 1927 dengan pendaftaran 385 orang murid dan jumlah kakitangan termasuk Pengetua
Berikut merupakan carta organisasi HSBM pada 1920-an:
Mr. E. la M. Stowell (Pengetua) | ||
Mr. Chan Ewe Pin | Mr. Cheah Chong Chee | Mr. Cheong Hong Oon |
Mr. Chin Yoon Ngean | Ms. A. Cornelius | Mr. Gan Hock Hye |
Mr. Kam Kee Hock | Mr. Khor Kok Seng | Mr. Ng Cheong Weng |
Mr. S. Subbiah | Mr. Tan Hock Sian | Mr. Tan Kok Kee |
Mr. S.M. Rouse |
Pembantu: Pa Hussein, Darus and Che Rose