Sembilu

Sembilu
Poster keluaran tayangan
PengarahYusof Haslam
PenulisYusof Haslam
Lakon layarYusof Haslam
Dihasilkan olehYusof Haslam
Dibintangi
SinematografiBade Hj. Azmi
Disunting olehSalehan Samsuddin
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
18 Ogos 1994[1]
Masa tayangan
109 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 4.39 juta

Sembilu ialah filem drama romantik Malaysia 1994 arahan Yusof Haslam. Dibintangi oleh Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain,[2] ia mengisahkan kisah cinta antara penyanyi rock terkenal, Awie, dengan kekasihnya Wati yang dihalang oleh abang Wati, Azman. Filem ini ditayangkan pada 18 Ogos 1994 dan menjadi kejayaan komersial, apabila berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM4.39 juta sekaligus menerima ulasan positif dan bercampur daripada pengkritik filem. Kesinambungannya, Sembilu II ditayangkan pada 1995, diikuti oleh pembikinan semula filem ini, Sembilu 2005 dikeluarkan pada 2005. Pada 18 Ogos 2019, Sembilu meraikan ulang tahunnya yang ke-25.[3]

Wati merupakan kekasih hati Awie, seorang penyanyi rock yang terkenal. Hubungan mereka yang bermula daripada zaman persekolahan itu mendapat restu orang tua mereka masing-masing, kecuali Azman, iaitu abang kepada Wati. Ini disebabkan Azman mempunyai sejarah kelam apabila isterinya, Maria, pergi meninggalkan dirinya semata-mata ingin berkahwin dengan Roy, iaitu seorang artis terkenal. Akhirnya Maria ditemui mati dalam keadaan tragis apabila dia dibunuh oleh Roy.

Kejadian yang menimpa Maria membuatkan Azman semakin berdendam dan membenci kehidupan golongan artis seperti Awie. Kemunculan Ziana, seorang penyanyi baru telah jatuh hati kepada Awie. Biarpun setelah mengetahui tentang hubungan cinta Awie dan Wati, Ziana tetap mencuba menggoda Awie agar jatuh dalam pelukannya. Hubungan mereka akhirnya goyah apabila Ziana terang-terangan mengaku kononnya dia dan Awie bercinta secara serius dan itu membuatkan Wati marah dan berasa ditipu.

Disebabkan ingin menyakinkan Wati, Awie telah menyanyikan lagu "Di Ambang Wati" sebagai bukti cintanya kepada Wati. Namun tidak semudah disangka apabila hubungan mereka diduga lagi. Azman sentiasa mencari jalan untuk memisahkan dua insan yang sedang hangat bercinta itu. Ketika hubungannya dengan Wati bergolak, Awie jatuh dalam godaan Ziana dan ini membuatkan Wati berasa sedih dan berasa dia ditipu lagi. Namun akhirnya Awie tersedar bahawa hubungan dia dan Ziana tidak akan kemana dan dia juga tersedar bahawa dia masih mencintai Wati.

Awie sebagai Awie
Erra Fazira sebagai Wati
Ziana Zain sebagai Ziana

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Sembilu ialah filem ketiga arahan Yusof Haslam dan filem ketiga terbitan Skop Productions. Ia juga menjadi percubaan sulung Erra Fazira dan Ziana Zain dalam bidang lakonan selepas berjaya mencipta nama sebagai penyanyi.[5][6][7][8] Awie dan Roy Azman kembali digandingkan dalam filem ini dengan melakonkan watak diri sendiri. Kedua-dua mereka sebelum ini pernah bekerjasama dalam filem Pemburu Bayang (1993). Perancangan asalnya watak Wati sepatutnya dilakonkan oleh Ella, yang ketika itu popular dengan lagunya "Sembilu". Setelah Ella menolak, nama-nama seperti Sofia Jane dan Sharmaine Farouk menjadi pilihan Yusof, namun ia akhirnya menjadi milik Erra Fazira yang baru bergelar peragawati ketika itu. Watak Ziana pula asalnya ditawarkan kepada penyanyi Indonesia, Nike Ardilla sebelum diberikan kepada Ziana Zain.[9]

Watak Azman dalam Sembilu pada mulanya ingin diberikan kepada Eman Manan, namun Eman menolak tawaran itu kerana komitmen lain dan beliau digantikan oleh Mustapha Kamal.[10] Penggambaran pada mulanya dirancang bermula pada September 1993,[11] namun ditunda kepada Disember, kemudian ditunda sekali lagi kepada Januari 1994 berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan serta penglibatan jurukameranya, Bade Hj. Azmi, dengan sebuah filem lain; ditambah pula dengan tragedi Highland Towers yang menggemparkan seluruh negara ketika itu.[12]

Keluaran dan sambutan

[sunting | sunting sumber]

Sembilu ditayangkan perdana pada 8 Ogos 1994 di Panggung Odeon, Kuala Lumpur[13][14] dan dikeluarkan di 22 pawagam seluruh negara pada 18 Ogos 1994.[15] Ia menjadi kejayaan komersial apabila berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM177,000 tidak lama selepas tayangan perdana rasmi.[16][17] Menjelang hari terakhir tayangannya, Sembilu berjaya meraih kutipan pecah panggung tertinggi sebanyak RM4.39 juta.[18] Pada 7 November 1994, barisan pelakon dan kru filem Sembilu menerima bonus sebanyak RM23,000 daripada penerbit filem ini, Yusof Haslam dalam satu majlis yang diadakan di Kompleks Studio Merdeka, Hulu Klang.[19][20]

Sembilu bersama-sama dengan 4 lagi filem lain telah dipertontonkan sempena Minggu Filem Malaysia yang berlangsung pada 10 hingga 16 Oktober 1994 di Manila, Filipina.[21]

Runut bunyi

[sunting | sunting sumber]
No.TajukPenulisKomposerMasa
1."Suara Kita" (Wings) J.S KevinJ.S. Kevin2:54
2."Mimpi Mu Bukan Mimpi Ku" (Ziana Zain) NaneeZuriani3:37
3."Di Ambang Wati" (Wings) NurbisaM. Nasir5:44
4."Anggapan Mu" (Ziana Zain) Asmin MudinAsmin Mudin5:03
5."Cinta Abadi" (Erra Fazira) Habsah HassanRazman4:45


Kesinambungan

[sunting | sunting sumber]

Sembilu II (1995)

[sunting | sunting sumber]

Kesinambungan filem ini, Sembilu II ditayangkan pada 1 Jun 1995 selepas kejayaan filem pertama dan menjadi kejayaan komersial dengan meraih kutipan sebanyak RM6 juta.[22] Pembikinan semula filem ini, Sembilu 2005 ditayangkan pada 24 Mac 2005 dan meraih kutipan RM1 juta.[23]

Sembilu 2005 (2005)

[sunting | sunting sumber]

Sembilu 2005, pembikinan semula dari dua filem Sembilu, ditayangkan pada 24 Mac 2005 dan meraih kutipan RM1 juta.[23]

Adaptasi televisyen

[sunting | sunting sumber]

Sebuah siri drama adaptasi filem ini telah diterbitkan sebanyak 78 episod. Hetty Sarlene dan Zed Zaidi menggalas peranan sebagai pelakon utama dengan penambahan barisan pelakon baharu termasuk Faizal Hussein, Aziz Singah, Aznah Hamid, Diana Johor dan Winnie Kok. Yusof Haslam berkhidmat sebagai pengarah dengan Along Kamaludin dan Musa Mohamed sebagai pengarah bersama. Sembilu memulakan tayangan perdana di TV2 bermula 14 Oktober 2003 dan berakhir pada 4 Oktober 2005.[24][25]

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
1995 Anugerah Bintang-Bintang Popular ke-8[26] Pelakon Filem Lelaki Popular Awie Menang
Pelakon Filem Wanita Popular Erra Fazira Menang
Pelakon Filem Pembantu Lelaki Popular Mustapha Kamal Menang
Pelakon Filem Pembantu Wanita Popular Ziana Zain Menang
  1. ^ a b c d e f g h i j k l "Catatan penerbitan Sembilu". Filem Kita. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Oktober 2015. Dicapai pada 4 Januari 2013.
  2. ^ "Barisan pelakon Sembilu..." Berita Minggu. 31 Oktober 1993. Dicapai pada 4 Julai 2019.
  3. ^ Kamaruddin Razal (19 Ogos 2019). "#Sembilu25Tahun: Kejayaan sembilu ubah kehidupan Yusof Haslam". Astro Gempak. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  4. ^ "Alice mahu bukti keupayaan melalui Sembilu". Berita Minggu. 9 Januari 1994. Dicapai pada 13 Januari 2020.
  5. ^ "Filem Sembilu mungkin box-office". Berita Harian. 22 Disember 1993. Dicapai pada 4 Julai 2019.
  6. ^ Zubairi Zabidin (15 Oktober 1993). "Pelakon Sembilu meterai perjanjian". Berita Harian. Dicapai pada 4 Julai 2019.
  7. ^ Zainuri Misfar (25 September 1993). "Erra, Awie puas dengan Sembilu". Berita Harian. Dicapai pada 13 Januari 2020.
  8. ^ Zainuri Misfar (17 September 1993). "Erra, Awie bintang utama Sembilu". Berita Harian. Dicapai pada 13 Januari 2020.
  9. ^ Zubairi Zabidin (22 Julai 1993). "Ziana terkejut dipilih ganti Nike". Berita Harian. Dicapai pada 5 Februari 2021.
  10. ^ "Sembilu: Mustapha ganti Eman". Berita Harian. 7 Oktober 1993. Dicapai pada 13 Januari 2020.
  11. ^ Zubairi Zabidin (19 Julai 1993). "Yusof lamar Ziana untuk Sembilu". Berita Harian. Dicapai pada 5 Februari 2021.
  12. ^ "Penggambaran Sembilu Januari". Berita Minggu. 16 Disember 1993. Dicapai pada 13 Januari 2020.
  13. ^ "Tayangan perdana Sembilu 8 Ogos". Berita Harian. 15 Julai 1994. Dicapai pada 18 Januari 2020.
  14. ^ "Tayangan perdana Sembilu 8 Ogos ini". Berita Harian. 30 Julai 1994. Dicapai pada 18 Januari 2020.
  15. ^ Zubairi Zabidin (1 Julai 1994). "22 pawagam tayang filem Sembilu". Berita Harian. Dicapai pada 4 Julai 2019.
  16. ^ "Kutipan Sembilu atasi filem Barat". Berita Harian. 20 Ogos 1994. Dicapai pada 4 Julai 2019.
  17. ^ "Sembilu 'meletup' kutip RM1 juta". Harian Metro. 26 September 2019. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  18. ^ Haris Hussain (1 Oktober 1998). "Spellbound" (dalam bahasa Inggeris). Malaysian Business. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  19. ^ "Pelakon, krew Sembilu dapat bonus RM230,000". Berita Harian. 7 November 1994. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  20. ^ Zainuri Misfar (9 Oktober 1994). "Bonus RM200,000 untuk artis Sembilu". Berita Harian. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  21. ^ Zubairi Zabidin (4 Oktober 1994). "5 filem ke Manila sertai Minggu Filem Malaysia". Berita Harian. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  22. ^ Adam Salleh (24 September 1995). "Sembilu II luar biasa". Metro Ahad. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  23. ^ a b Suraiya Mohd Nor (19 Mac 2005). "Kelainan Sembilu 2005". Berita Harian. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  24. ^ Suraiya Mohd Nor (14 Oktober 2003). "Sembilu versi drama TV kupas isu masyarakat". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Oktober 2003. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  25. ^ "Sembilu tidak lagi di RTM?". Utusan Malaysia. 30 Julai 2005. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  26. ^ Haliza Ahmad (2 Mei 1995). "Sembilu steals the show" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 9 Julai 2020.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]