Senarai kaedah untuk menentang COVID-19 yang tidak terbukti secara saintifik

UNESCO sebagai lembaga antarabangsa mengeluarkan dokumen yang bertujuan untuk melawan maklumat palsu semasa pandemik

Terdapat banyak kaedah perubatan palsu atau produk yang mendakwa bahawa mereka dapat mendiagnosis, mencegah, atau menyembuhkan COVID-19.[1] Seperti pelbagai jenis ubat tiruan yang mungkin tidak mengandungi bahan yang mereka dakwa dan bahkan mungkin mengandungi bahan yang berbahaya.[2][3] Banyak dari dakwaan ini yang menyatakan bahawa suatu produk dapat membantu menentang COVID-19, yang juga menyebar melalui khabar angin dan iklan olok-olok dalam talian yang konvensional. Untuk mengatasi produk tiruan, WHO meminta para negara anggotanya untuk lapor apabila menemui produk dan ubat tiruan.[4] WHO menyatakan bahawa penyelidikan tentang rawatan berpotensi sedang dilakukan, termasuk ujian solidariti yang dipelopori oleh WHO.[4]

Darurat mengenai COVID-19 membuatkan ramai untuk mencuba apapun yang mungkin dapat memberikan mereka kesan bahawa mereka "sedang dalam kawalan" atas keadaan tersebut. Hal ini menjadikan mereka menjadi sasaran yang mudah untuk penipuan.[5] Banyak dakwaan palsu tentang tindakan untuk melawan COVID-19 beredar meluas di media sosial, tetapi beberapa di antaranya masih beredar melalui teks, YouTube, atau bahkan media yang umum. Para pegawai kerajaan menyarankan bahawa sebelum menyebarkan maklumat, orang sebaiknya memeriksa maklumat tersebut secara hati-hati. Kesalahan maklumat dan dakwaan palsu ini cenderung menggunakan nada yang menakutkan atau retorik yang menekan pembaca, dan mendakwa bahwa mereka memiliki semua fakta walaupun yang lain tidak. Masyarakat dilanjutkan untuk memeriksa sumbernya, dan mencarinya dalam laman pemerintah yang rasmi kerana beberapa dari dakwaan ini menyatakan bahawa maklumat yang mereka dapat berasal dari pertubuhan seperti UNICEF.[6][7] Arthur Caplan, ketua program etika perubatan di Sekolah Kedoktoran di Universiti New York, memberikan saranan yang sederhana untuk produk COVID-19: "Jika produk itu hanya tersedia secara dalam talian, abaikan saja".[8]

Produk yang mendakwa bahawa mereka dapat mencegah COVID-19 merupakan risiko yang dapat meningkatkan kepercayaan diri palau sehingga meningkatkan risiko jangkitan.[9] Selain itu, banyak produk-produk ini beracun. Ratusan orang telah meninggal akibat menggunakan produk tiruan yang didakwa dapat mengubati COVID-19.[10]

  1. ^ Office of the Commissioner (1 April 2020). "Beware of Fraudulent Coronavirus Tests, Vaccines and Treatments". FDA (dalam bahasa Inggeris).
  2. ^ Hrabovszki, Georgina (23 March 2020). "COVID-19: Beware of falsified medicines from unregistered websites". European Medicines Agency (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 March 2020. Dicapai pada 7 April 2020.
  3. ^ Spinney, Laura (3 April 2020). "When will a coronavirus vaccine be ready?". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2020. Dicapai pada 3 April 2020.
  4. ^ a b "Falsified medical products, including in vitro diagnostics, that claim to prevent, detect, treat or cure COVID-19" (PDF). World Health Organization. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 6 April 2020. Dicapai pada 3 April 2020.
  5. ^ Knight, Victoria (March 31, 2020). "Covid-19: beware online tests and cures, experts say". The Guardian. Dicapai pada April 2, 2020.
  6. ^ Zaveri, Mihir (16 March 2020). "Be Wary of Those Texts From a Friend of a Friend's Aunt". The New York Times.
  7. ^ "Coronavirus cannot be cured by drinking bleach or snorting cocaine, despite social media rumors". cbsnews.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 March 2020. Dicapai pada 3 April 2020.
  8. ^ Knight, Victoria (March 31, 2020). "Covid-19: beware online tests and cures, experts say". The Guardian. Dicapai pada April 2, 2020.
  9. ^ "Homeopath shipping 'protection' for Covid 19 roasted by health and science experts over claims". NZ Herald (dalam bahasa Inggeris). 2 April 2020. Dicapai pada 16 April 2020.
  10. ^ "Hundreds killed in Iran from drinking toxic coronavirus 'cure'". 7NEWS.com.au (dalam bahasa Inggeris). 2020-03-28. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-31. Dicapai pada 2020-04-10.