Senarai tertutup

Senarai tertutup ialah suatu sistem perwakilan berkadar dimana pengundi hanya dapat memilih parti politik secara keseluruhan dan tidak dapat memilih calon. Dalam sistem ini, calon dipersiapkan terus oleh parti politik. Jika pengundi dapat memilih calon yang tersedia, maka sistem ini dinamakan sistem perkadaran terbuka.

Dalam sistem senarai tertutup, parti politik telah menentukan terlebih dahulu siapa yang akan memperoleh kerusi yang diperuntukkan kepada parti tersebut dalam pilihan raya,[1] sehingga calon yang menepati urutan tertinggi dalam senarai ini cenderung mendapat kerusi di parlimen manakala kedudukan calon sangat rendah pada senarai tertutup tidak akan mendapat kerusi.

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Open, Closed and Free Lists —". ACE Project. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 June 2020. Dicapai pada 2 January 2021.