Senyawa

Senyawa
Album studio oleh
Dilancarkan padaNovember 2004
Dirakamkan pada2003-2004
TempatIndonesia Sunting nilai ini di Wikidata
GenrePop
Panjang37:55
BahasaBahasa Indonesia Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatMusica Studio's
PenerbitChrismansyah Rahadi
Kronologi Chrisye
Dekade
(2002)
Senyawa
(2004)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Senyawa ([səˈɲawa]; ialah album Indonesia diterbitkan oleh Musica Studio's pada 2004. Ia merupakan album studio terakhir Chrisye dan kolaborasi dengan beberapa artis Indonesia, termasuk Project Pop, Peterpan, Ahmad Dhani, dan Ungu.

Penciptaan

[sunting | sunting sumber]

Senyawa begitu kuat dipengaruhi oleh Chrisye. Beliau menjadi penerbit album, menggantikan Erwin Gutawa, yang telah menerbitkan beberapa album terakhirnya.[1] Beliau memutuskan untuk kolaborasi bersama artis muda Indonesia, akhirnya bekerja dengan artis Musica termasuk Ahmad Dhani dari Dewa 19, Ungu, Peterpan, Naif, dan Project Pop serta artis Sony Music Entertainment Erros Chandra dari Sheila on 7 dan Tohpati.[2]

Berikutan gaya berbeza oleh artis, lagu itu dipelbagaikan dengan pelbagai genre. Sebagai contoh, lagu "Bur-Kat" bersama Project Pop, menampilkan rap.[3] Chrisye menganggap ianya sukar, tetapi mengambil enam ambilan untuk merakamkan "Bur-Kat".[4]

Senarai runut

[sunting | sunting sumber]
No.TajukSeni kataGubahanBersamaMasa
1."Jika Surga dan Neraka Tak Pernah Ada"Ahmad Dhani4:15
2."Bur-Kat"Project Pop3:49
3."Menunggumu"Peterpan3:46
4."Luna Kelam"Erros Chandra, dari Sheila on 74:59
5."Panah Asmara"Tohpati4:07
6."Beku"Ricky FM, Lusman4:05
7."Cinta Yang Lain"Ungu4:18
8."Suatu Persembahan Cinta"Ferdy El Em Ent4:30
9."Tjah Ayoe"Naif4:02


Senyawa dikeluarkan pada November 2004. Bagaimanapun, tidak lama selepas ia dikeluarkan, Sony Music Entertainment Indonesia (SMI) memfailkan aduan mengenai kulit album, yang menampilkan nama Erros Chandra dan Tohpati yang di bawah kontrak dengan SMI; Erros dan Tohpati juga tampil pada gambar dalam catatan pelapik. Akibatnya, Musica Studios menarik balik album itu daripada jualannya dan mengeluarkannya semula dengan yang baru, merekabentuk semula kulit album tanpa Erros dan Tohpati.[5] Chrisye kemudiannya menyatakan kekecewaannya yang ketetapan perundangan menghalangnya dari mengenali sumbangan Eross dan Tohpati.[6] Meskipun kontroversi itu, album itu laris dijual.[7]

Empat lagu dari Senyawa, "Cinta Yang Lain", "Menunggumu", "Bur-Kat", dan "Jika Surga dan Neraka Tak Pernah Ada", telah dibuat muzik video.[8] Muzik video untuk "Menunggumu" telah difilemkan sebelum Chrisye disahkan menghidap kanser paru-paru; ia merupakan salah satu muzik video terakhirnya.[9]

  1. ^ "Senyawa". Musica Studios. Official press release. (Indonesia)
  2. ^ "'Senyawa' Kolaburasi Chrisye dengan Generasi Muda". KapanLagi.com. 3 November 2004. (Indonesia)
  3. ^ "Nge-Rap Gaya Chrisye" Gatra. 11 February 2005. (Indonesia)
  4. ^ "Ilmu Baru Chrisye". Gatra 29 October 2004. (Indonesia)
  5. ^ "Musica: Kami Lalai". Gatra. 3 December 2004. (Indonesia)
  6. ^ "Album Sedih Chrisye". Gatra. 16 December 2004. (Indonesia)
  7. ^ Endah, Alberthiene. Chrisye: Sebuah Memoar Musikal. Gramedia. 2007. Pp. 319 - 320. (Indonesia)
  8. ^ (2006) Video CD notes for Chrisye duets by request by Chrisye et al. Musica Studios.
  9. ^ Endah, Alberthiene. Chrisye: Sebuah Memoar Musikal. Gramedia. 2007. Pp. 319 - 320. (Indonesia)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]