Seragam besbol ialah pakaian yang dipakai oleh para pemain besbol semasa perlawanan. Kebanyakkan pakaian seragam besbol mempunyai nama dan nombor seragam pemain yang memakainya. Nama dan nombor tersebut biasanya terletak di belakang pakain bagi mengenal pasti setiap pemain. Baju (jersi), seluar, kasut, stoking, topi dan topi keledar besbol merupakan sebahagian daripada pakaian tersebut. Para pemain mungkin juga memakai sarung tangan dan ia bukanlah seragam besbol kerana pemain boleh memilih sarung tangan mereka sendiri. Kebanyakkan seragam mempunyai logo dan warna yang berbeza bergantung kepada pasukan.[1]
Pakaian seragam besbol pertama kalinya dipakai oleh kelab besbol New York Knickerbockers pada 1840-an. Seragam mereka merupakan seluar yang diperbuat daripada wul berwarna biru, baju flanel berwarna putih dan topi jerami.[2][3][4] Sejak itu, seragam telah mengalami banyak perubahan,[5] dan lebih banyak item, gagasan dan peningkatan lain telah dilakukan dan ditambah pada pakaian ini. Gaya pakaian juga berubah sedikit demi sedikit dari masa ke masa.[2]
Pada 4 April 1849,[2] New York Knickerbockers menjadi pasukan besbol pertama yang mengenakan seragam.[4][6][7] Pada tahun 1882, warna-warna berbeza yang menunjukkan kedudukan pemain di padang telah ditambah pada seragam dan stoking.[8] Pasukan Detroit Wolverines dan Washington Nationals dari Liga Nasional serta Brooklyn Bridegrooms dari Persatuan Amerika menambah jalur pada pakaian seragam mereka.[2][4][9][10] Pada tahun 1900, kesemua pemain dalam pasukan Liga Utama Besbol telah memakai seragam.[11]
Pada penghujung abad ke-19, pasukan-pasukan besbol mula memakai dua seragam yang berbeza, iaitu semasa perlawanan di stadium mereka sendiri ("tuan rumah" atau "tempat sendiri") dan di tempat lawan. Ia menjadi suatu kebiasaan untuk mengenakan seragam putih ketika di tempat sendiri dan di tempat lawan pula memakai seragam berwarna kelabu, biru tua atau hitam.[12] Contoh awal adalah pada tahun 1907 apabila pasukan Brooklyn Superbas menggunakan corak biru untuk seragam di tempat lawan mereka. Pasukan New York Giants kemudiannya menggunakan corak yang hampir sama dengan seragam tempat lawan Brooklyn Superbas.[13]
Pada tahun 1916, garisan ungu pada pakaian seragam tempat lawan New York Giants yang memberi kesan seperti tartan. Pada waktu ini, jenis seragam tempat lawan yang lain menggunakan material biru tua atau hitam bersama-sama putih. Seragam di tempat sendiri dan tempat lawan bagi pasukan Kansas City Athletics telah diubah kepada warna emas dan hijau oleh Charles O. Finley pada tahun 1963.[14] Beberapa pasukan besbol menggunakan warna biru muda pada seragam tempat lawan mereka pada 1970-an.[11]