Serangan Turki ke atas Iraq utara 2008 | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Konflik Turki-Parti Pekerja Kurdistan dan Perang Iraq | |||||||
Peta 3D area Iraq Utara | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Turki | |||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Yaşar Büyükanıtİlker BaşbuğAydoğan Babaoğlu | Tiada komander rasmi | ||||||
Kekuatan | |||||||
Beberapa ratus-10,000 tentara[1] | Tidak diketahui | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
5 tentara hilang (tuntutan Turki[2])22 tentara tewas (klaim Partai Pekerja Kurdistan[3]) | 55 tewas (dakwaan Turki[4])5 terluka (klaim Partai Pekerja Kurdistan[5]) |
Serangan Turki ke atas Iraq 2008, dinamakan Operasi Matahari (Turki: Güneş Harekâtı) oleh Angkatan Bersenjata Turki, dimulakan pada 21 Februari 2008, ketika Turki menghantar pasukan ke Iraq Utara untuk menyerang Parti Pekerja Kurdistan yang dianggap sebagai organisasi pengganas oleh beberapa negara dan organisasi (termasuk Amerika Syarikat, NATO dan Kesatuan Eropah[6] dan Angkatan Bersenjata Turki.[7] Laporan awal menyatakan bahawa ribuan tentara telah mengambil bahagian dalam operasi ini,[1] sementara laporan seterusnya mengatakan hanya beberapa ratus tentara.[8] Serangan ini terjadi setelah tercetusnya Konflik Turki-Parti Pekerja Kurdistan dalam dua bulan sebelumnya, yang melibatkan pengeboman udara Turki terhadap kedudukan Parti Pekerja Kurdistan di Irak.