She's Dating the Gangster ialah filem drama romantik komedi Filipina 2014 yang diadaptasi dari cereka popular terlaris dengan tajuk sama, yang diterbitkan di CandyMag.com Teen Talk[5] dan dipopularkan melalui Wattpad[6] karya Bianca Bernardino (nama pena: SGwannaB).[3][4] Filem ini diarahkan oleh Cathy Garcia-Molina, dibintangi oleh Kathryn Bernardo dan Daniel Padilla. Filem ini diterbitkan bersama oleh Star Cinema bersama Summit Media. She's Dating the Gangster ditayangkan secara serentak pada 16 Julai 2014.[7][8][9][10]
Berikutan kejayaan utama, filem ini dipertontonkan di beberapa negara antara lain Amerika Syarikat, Kanada, Australia, dan Emiriah Arab Bersatu.[12] Filem ini meraih keuntungan sebanyak $222,000 selepas tiga hari tayangan di Amerika Utara[13] dan selepas sepuluh hari, akumulasi kutipan mencapai $570,000.[14] Sehingga jumlah kutipan selama dua tayangan perdana di Amerika Syarikat dan tiga di Kanada hampir sama dengan tayangan di Timur Tengah, Australia, New Zealand, dan Singapura.
She's Dating the Gangster mendapat sambutan positif daripada penonton dan pengkritik. Menurut laman pengumpul ulasan Rotten Tomatoes, filem ini masih memegang 70% penarafan dari penonton.[15] Philbert Ortiz-Dy dari Click the City juga memberikan ulasan positif terhadap filem ini.[16][16]
Menurut pengurus pengiklanan Star Cinema, Mico del Rosario, filem ini mengumpul jumlah kutipan sebamyak ₱15 juta (AS$340,000) pada hari pertama pembukaan.[17][18] Sehingga 7 Ogos 2014, filem ini meraih kutipan lebih dari ₱260 juta[19] pecah panggung Filipina. Pada akhir tayangannya, ia mengutip kutipan ₱296 juta.[20]
^Belmonte, Maureen Marie (26 April 2016). "Celebrating a Teen King: Five reasons Daniel Padilla is king". Push (dalam bahasa English dan Filipino). ABS-CBN. Dicapai pada 27 April 2016. ...many are expecting the tandem to break their own box office record of P296 million for She’s Dating the Gangster.CS1 maint: unrecognized language (link)