Sheikh Haikel | |
---|---|
Kelahiran | Sheikh Haikel bin Sheikh Salim Bajrai 10 Oktober 1975 Singapura |
Warganegara | Singapura |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, personaliti radio |
Tahun aktif | 1991–kini |
Pasangan | Anna Belle Francis |
Anak-anak | 3 |
Anugerah | Pemenang Asia Bagus 1991 |
Laman web rasmi | www |
Sheikh Haikel Sheikh Salim Bajrai (شيخ هيكل شيخ سليم Šayḫ Haykal Šayḫ Salīm, lahir 10 Oktober 1975) ialah penyanyi, pelakon dan personaliti radio Singapura. Beliau memenangi pertandingan bakat Asia Bagus pada tahun 1991. Sebagai personaliti multi media dengan banyak tugas di radio, televisyen, filem, dan panggung, beliau telah menghasilkan tiga album studio dan banyak album lagu single hingga kini.[1] Beliau kini mengendalikan sekolah muzik di Kuala Lumpur di mana mereka mengajar pelbagai genre muzik termasuk, Hip Hop, Classical dan Rock.
Sheikh Haikel berketurunan Arab.[2] Beliau mempunyai seorang adik perempuan.[3] Beliau berkahwin dengan pelakon Singapura, Anna Belle Francis.[4] Mereka dikurniakan tiga anak – Triqka (lahir 2003), Abbra (lahir 2004) dan Juz (lahir 2014).[2]
Tahun | Karya | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
1996 | Army Daze | Johari Salleh | |
2003 | City Sharks | Jeff | |
2005 | Living with Lydia | The King | Kameo |
2006 | Stories of Love: The Anthology Series | Fakri | Filem TV |
2010 | Knockout | Hos; Dirinya sendiri | |
2011 | Zero Hero | Pretty Boy One | |
2014 | Gerak Khas | Syed Jamal/Jimmy | Penampilan khas |