Shimazu Toyohisa

Shimazu Toyohisa
島津 豊久
Tuan Istana Sadowara
Dalam jawatan
1587–1600
Didahului olehShimazu Iehisa
Maklumat peribadi
Lahir(1570-07-{{{day}}}) Julai 1570Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "{" tidak dikenali
Mati21 Oktober 1600(1600-10-21) (umur 30)
Pertempuran Sekigahara
Tempat semadiJirat Tenshouji
PasanganPutri Shimazu Tadanaga
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali
SaudaraShimazu Mitsuhisa (saudara lelaki)
Shimazu Tadanao (saudara lelaki)
saudara perempuan (isteri Nejime Shigehira)
saudara perempuan (isteri dari Sata Hisayoshi)
saudara perempuan (isteri dari Shimazu Hisanobu & Sagara Yoriyasu)
Shimazu Tadatsune (sepupu)
Shimazu Yoshihiro (encik)
Shimazu Yoshihisa (encik)
Shimazu Toshihisa (encik)
Karya bukuBendahara (Jijyuu)
Menteri pengerusi pusat (Nakatsukasashou)
Nama panggilanHoujumaru (豊寿丸)
Tadatoyo (忠豊)
Ten'rei Shōun (天岑昌運)
Matashichirou (又七郎)
Perkhidmatan tentera
Kesetiaan Puak Shimazu
Kesyogunan Toyotomi
Tentara Barat (puak Ishida)
Unit Puak Shimazu
Perang/PertempuranPertempuran Okitanawate (1584)
Perang Kyushu (1587)
Serangan Istana Odawara (1590)
Kempen Tentera Korea (1592-1598)
Pertempuran Sekigahara (1600)

Shimazu Toyohisa (島津 豊久, Julai, 1570 – 21 Oktober, 1600) atau Shimazu Tadatoyo, ialah anak Shimazu Iehisa dan saudara Shimazu Yoshihiro. Toyohisa merupakan samurai Jepun, dan sebahagian daripada Puak Shimazu. Toyohisa ialah pemiilik Istana Sadowara.[1] Pada usia baru 17 tahun, Toyohisa ikut serta pada Perang Kyushu (1587) dibawah perintah bapa saudaranya melawan Puak Toyotomi. Dia melawan dengan berani, tetapi diserang dari belakang ketika bergerak maju. Toyohisa pun diselamatkan bapa saudaranya sehingga berjaya selamat dari kepungan musuh. Istrinya ialah puteri Shimazu Tadanaga, sepupu dan karō Shimazu Yoshihisa. Toyohisa juga menjadi protagonis paling utama dalam siri francais manga Jepun, Drifters.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Shimazu Toyohisa dilahirkan pada 1570 sebagai anak lelaki Shimazu Iehisa. Nama pada masa masih kanak-kanaknya ialah Houjumaru, dan nama asalnya ialah Shimazu Tadatoyo sebelum ditukar kepada Toyohisa. Pada 1 Jun 1583, Uwai Satokane pergi ke Sadowara, tetapi bapanya Iehisa belum berada di sana. Sebelum beliau menerima genpuku, Toyohisa sudah diiktiraf sebagai panglima tentera utama.

Ketika Toyohisa berumur 14 tahun pada 1583 (Tensho 11), ketua bawahan puak Shimazu, Uwai Satokane, telah melawat ke Istana Sadowara yang merupakan rumahnya. Oleh kerana ayahnya, Shimazu Iehisa, tidak hadir pada masa itu, dikatakan Toyohisa yang berdiri di hadapan orang yang melakukan genpuku menjawab. Mengenai kejadian di mana sebelum mengadakan upacara tradisi kejantanan, beliau berjaya mengalahkan salah seorang pemimpin puak musuh dengan tangannya sendiri ketika di bawah pengawasan Niiro Tadamoto. Toyohisa telah terlibat dalam peperangan sebelum genpuku.

Pertempuran Okitanawate

[sunting | sunting sumber]

Ryuzoji Takanobu, yang berpangkalan di Wilayah Hizen (kini wilayah Saga dan Nagasaki) dan Okita yang diperintah oleh Shimazu Iehisa, bertempur dengan pasukan bersekutu Shimazu-Arima pada 1584 (Tensho 12). Beliau mengambil bahagian dalam Pertempuran Okitanawate, dan mempunyai senarai panglima musuh. Shimazu Iehisa berjaya mengalahkan lebih 25,000 orang tentera Ryuzoji dalam perang bagi menguasai seluruh Kyushu dengan hanya sekitar 6,000 tentera. Ryuzoji Takanobu, jeneral musuh, juga dibunuh, dan sikap kesatrianya disambut meriah di seluruh Kyushu. Sebuah kisah tradisi yang diceritakan turun-temurun dari pertempuran Okitanawate menggambarkan hubungan tentang ayah dan anaknya, Shimazu Iehisa dan Shimazu Toyohisa. Iehisa bimbang ketika melihat anaknya di malam sebelum perang, dan menggalakkannya pulang ke rumah sahaja. Toyohisa Shimazu pun mencabar perintah ayah sambil berkata, "Ayah walau diri ini sedang berada di tanah air, kalau tahu ayahnya sedang berada dalam kesulitan, pasti anaknya akan datang menolong. Sungguh jikalau ada seorang yang pergi menjauh semalam saja sebelum perang, walaupun dia masih muda, hal itu adalah aib bagi anak cucu puak ini nantinya." di pagi harinya Shimazu Iehisa melihat anaknya memakai baju besi kepunyaannya sambil berkata, "Anakku adalah kesatria yang hebat."

Iehisa berjalan mendekati anaknya kemudian mengikatkan selempang Toyohisa dan berjanji kepadanya, Toyohisa pun membalas "Ayah, jikalau aku berjaya pada hari ini dan masih tetap hidup, aku baru akan membuka ikatan tali pinggang ini". Ayah dan anaknya itu bersama-sama pergi ke medan perang. Dikatakan dalam kisah itu, Iehisa dan Toyohisa menunjukkan kemampuannya di Okitanawate. Iehisa yang merasa sangat puas dan bangga pun membuka ikatan obi milik Toyohisa.

Toyohisa meraikan upacara genpuku di Wilayah Higo pada 23 Mei 1584. Pada Februari 1586, Uwai Satokane memberitahu bapanya, Iehisa, bahawa beliau memerlukan ubat yang dipanggil sokoen bagi menyembuhkan cacar tiga adik lelaki Toyohisa.

Perang Kyushu

[sunting | sunting sumber]

Selepas Kematian

[sunting | sunting sumber]

Selepas pertempuran Sekigahara, Istana Sadowara dan wilayah penguasaan Toyohisa dirazia oleh keluarga Tokugawa, dan Shoda Yasuhisa seorang yoriki (konstabulari jepun masa Sengoku), ditunjuk sebagai pemilik harta dan tanah Sadowara. Ketika hubungan antara Tokugawa dan Shimazu telah membaik, Istana Sadowara dikembalikan semula pada ahli keluarga tetapi hubungan kerabatnya terlampau jauh iakni Shimazu Mochihisa. Toyohisa tidak mempunyai anak kandung, maka suami keponakannya, Kiiri Tadahide, mewariskan harta-hartanya. Nasab kepada Toyohisa diputus pada tahun 1624, lagipula Ia sendiri tidak punya anak kandung. Hisao, anak kepada Shimazu Iehisa (Tadatsune), ketua keluarga ke-18, menjadi pewaris Puak Nagakichi Shimazu.

Lebih-lebih lagi, Shimazu Hisatoshi, anak saudara yang dilahirkan pada tahun 1602, dan Shimazu Hisanobu, Ayahnya Hisatoshi dan adik ipar Toyohisa, menolak tawaran bagi menggantikan kepimpinan daerah Sadowara selepas kematian Yoshihisa.

Peninggalan Toyohisa yang terakhir, iakni zirahnya berjaya diperoleh oleh Shimazu Hisayoshi, ketua keluarga Nagayoshi-Shimazu, pada tahun 1777.

Pertempuran Hetsugigawa

[sunting | sunting sumber]

Selepas genpuku, Toyohisa dan bapanya menjumpai musuh dari arah utara dan timur. Toyotomi Hideyoshi, seorang syogun berazam bagi menyatukan seluruh Jepun dalam kekuasaannya termasuk Kyushu. Pulau Kyushu yang sudah dikuasai Shimazu diserang pada 1587 (Tensho 15) atas arahan dari Otomo Sorin, daimyo Wilayah Bungo (kini Wilayah Oita).

Shimazu Iehisa dan Shimazu Toyohisa, disertai dengan kekuatan 10,000 tentera, mengepung Istana Tsuruga (kini di bandar Oita) berhampiran di Sungai Hetsugigawa di wilayah Bungo pada masa itu. Perpaduan kekuatan Chosokabe Motochika, Chosokabe Nobuchika, Sengoku Hidehisa, Sogō Masayasu serta jeneral-jeneral samurai lain datang ke sini sebagai korps di bawah naungan bendera Toyotomi.

Jumlah bilangan tentera Toyotomi mencapai 20,000 orang tentera. Akibatnya, tentera Shimazu menarik semula kepungan istana, menguburkan mayat di dalam hutan sambil berundur, dan bersedia bagi bertempur.

Apabila tentera Toyotomi mengetahui tentang gerak undur tentera Shimazu, mereka mula menyeberangi Sungai Toji, pada masa yang sama tentera Shimazu berbalik arah dan menyerbu musuhnya yang sedang lengah. Tentera Toyotomi melakukan kesilapan, dan para tentera berselerak ingin menyelamatkan diri masing-masing. Semasa pertempuran itu, lebih 1,000 orang tentera terbunuh atau cedera oleh tentera Shimazu. Jeneral musuh mereka, Chōsokabe Nobuchika dan Sogō Masayasu terbunuh dalam pertempuran. Tentera Shimazu yang lebih kecil berjaya memenangi Pertempuran Hetsugigawa yang menjadi salah satu pertempuran di Perang Kyushu.

Oleh Kerana kematian kedua-dua daimyo tadi, maka Shimazu Iehisa dan Shimazu Toyohisa berjaya mengalahkan tiga daimyo secara keseluruhan dalam siri peperangan: Ryuzoji Takanobu dalam Pertempuran Okitanawate dan Chōsokabe Nobuchika dan Sogō Masayasu dalam Pertempuran Hetsugigawa. Tiada panglima perang lain yang mampu mengalahkan begitu ramai daimyō di medan perang dalam masa kurang dari beberapa tahun sepanjang Zaman Sengoku.

Perkhidmatan di Keshogunan Toyotomi

[sunting | sunting sumber]

Tuan Istana Sadowara

[sunting | sunting sumber]

Pada tarikh 10 Julai 1587, Ayahnya, Iehisa Shimazu meninggal dan setahun kemudian dia menerima mohor merah dan senarai daerah kekuasaan iaitu 979 kampung kecil dan pekan. Dia ditunjuk sebagai Tuan Istana Sadowara, Wilayah Hyuga oleh Pemimpin Puak Shimazu, Shimazu Yoshihiro yang juga merupakan Enciknya.

Pada tahun-tahun itu, meski berjaya memenangkan perang Kyushu, Daimyo Shimazu lebih memilih jalan damai dengan tunduk kepada Toyotomi Hideyoshi. Selepas bermuafakat dengan pihak Shogun, tiba-tiba Iehisa meninggal kerana penyebab yang tidak wajar. Shimazu Yoshihiro, Enciknya sendiri ialah orang yang membunuh Ayahnya Toyohisa dengan bisa. Sampai matipun, Toyohisa tidak mengetahui kebenaran itu dan Keponakannya itu diasuh dalam pengawasan Yoshihiro seolah-olah Toyohisa adalah anaknya sendiri. Dikisahkan telah mempelajari seni dan kemampuan perang milik Yoshihiro.

Selepas peristiwa itu, Toyohisa mengambil bahagian dalam penaklukan Istana Odawara tahun 1590 oleh Keshogunan Toyotomi. Pada tahun 1592, Toyohiaa berkhidmat dalam Penyerangan Toyotomi ke atas Joseon (perang Imjin) yang mana beliau turut ada menyertai tentera ke Korea.

Penaklukan Korea

[sunting | sunting sumber]

Pada tarikh 3 Mei 1592, Toyohisa mendarat di bandar Busan dengan hanya disertai kira-kira 30 tentera berkuda dan 500 askar ashigaru dan memanjati laluan benteng. Selepas berjaya menceroboh ke dalam bandar, Raja Korea Seonjo kabur sederum askarnya ke Uiju. Ketika sampai di Istana Chuncheon di Wilayah Gangwon masih sekitar awal Mei, dia menyerang Istana dengan kekuatan sekitar 500 tentera yang mempunyai 100 istinggar dan pemuras melawan 6.000-60.000 tentera. Musuhnya yang berbilang lebih besar itu dapat dipaksa mundur dari pintu gerbang istana. Beberapa minggu kemudian, pada 20 Mei Toyohisa diperintahkan oleh Panglima Utama bagi membantu penaklukan Jinju dengan memimpin 476 orang, setelah hampir 1 tahun mencoba menerobos Istana yang besar itu pada tahun 1593, akhirnya askar pimpinan Toyohisa berjaya yang pertama memakukan bendera puak mereka di Bandar itu. Nama Shimazu Toyohisa menjadi popular di antara jeneral-jeneral. Pada tarikh 21 Februari 1597 (tahun Keicho 2), semasa Toyohisa dikhidmatkan di daerah Gadeokdo, dia diarahkan bagi mundur, kemudian ditempatkan di sekitar pesisir iaitu Angolpo dengan disertai 800 orang. Pada 15 Julai, tahun yang sama, Toyohisa bersama askar peribadinya menyertai Pertempuran Laut Chilcheolyang. Toyohisa memerintahkan askarnya bagi mendayung perahu kemudian menghantamkannya ke Kapal Besar ke-3 angkatan laut Korea. Toyohisa dikisahkan begitu ganas dan kuat dalam pertarungan itu sehingga dikatakan bahawa 'orang itu memanjati kapal musuh kemudian menebas lawannya bagai rami-rami,' kapal yang berjaya dirampas daripada musuh itu dan satu kapal Korea lain berjaya pula dirampas ketika bersaing dengan panglima samurai Toyotomi lain, kedua-dua kapal kemudian dihantar ke Jepun dan Toyohisa mendapat surat anugerah dari pemerintah Shogun. Pada 15 Ogos, dia mengambil bahagian dalam Pengepungan Istana Namwon di barisan palingan hadapan dan membunuh 13 kapten musuh dengan senjatanya sendiri, dan keesokan harinya membawa hidung musuhnya yang telah disayat balik kampung ke Istana Sadowara sebagai semacam piala. Toyohisa yang telah berjumpa dengan keluargannya sampai ke Korea pada tarikh 20 September, tahun yang sama. Dia dikhidmatkan ke Sacheon dan mengawasi pembinaan istana baharu di daerah itu. Pada bulan Disember, Toyohisa menyertai Pengepungan Istana Ulsan sebagai pengawal bahagian belakang. Pada Januari 1598, ketika menyerang Istana Hikoyo, yang dipertahankan oleh tentera Ming dari Cina. Toyohisa maju sendirian menyerang kumpulan musuh dan berjaya membunuh beberapa kapten, tetapi dia mendapatkan cedera sampai telinga kirinya terpotong. Pada bulan Ogos Toyohisa mendapat titah bagi kembali ke Jepun bersama Akizuki Tanenaga, Mototane Takahashi, dan Sagara Yorifusa. Pada 21 November, dia dikhidmatkan ke Shiikijima sebagai pengawas bagi menahan gerak laju Angkatan Darat Korea dan Tentera Ming. Selepas mundur dari Busan dengan menyertai 20 kapal, kapal yang dipimpin Yoshihiro dan Anaknya Shimazu Tadatsune sempat diserang oleh kapal Korea dan kapal Toyohisa sebagai pengawal bahagian belakang mengalih perhatian dan tiap-tiap serangan musuhnya ini. Toyohisa baru dapat kembali ke Jepun dua hari selepas tentara Jepun yang lain telah sampai ke Dermaga.

Pada Februari, 1599, beliau rasmi menjadi ditunjuk menjadi naib menteri pengerusi pusat di pemerintahan keshogunan kerana pencapaiannya di Korea. Tarikh 29 Mac 1599, Tokugawa Ieyasu mengarahkannya bagi kembali ke wilayahnya dan bermuafakat dengan Shimazu Yoshihisa. Pada awal bulan Jun tahun yang sama, dia pergi ke Pemberontakan Shonai melawan puak-puak yang ingin lepas dari pengaruh Shimazu. Toyohisa menjadi Panglima Utama menukar kedudukan Tadatsune kemudian memimpin pengepungan Istana Yamada dengan Tadamoto Niiro dan Shigeho Murao. Istana itu dapat ditaklukan dan tidak lama selepas penaklukan itu, pada 12 April 1600, Perang Shonai berakhir dengan Ijuin Tadazane yang menyerah kepada Toyohisa. Kerana pencapaian ini, dia diberikan surat pujian dan katana oleh sepupunya Shimazu Tadatsune. Tidak lama selepasnya, Daimyo Shimazu Yoshihisa memutuskan bagi memberikannya pekan raya Nomiya (sekarang Nomiya-cho, Bandar Miyakonojo, Wilayah Miyazaki) sebagai hadiah Toyohisa, tetapi Toyohisa menolaknya.

Pertempuran Sekigahara

[sunting | sunting sumber]
Batu Nisan Shimazu Toyohisa

Pada tarikh 12 Mei 1600, Toyohisa pergi meninggalkan Istana Sadowara kemudian memulakan kerjaya di Fushimi dan pergi ke Osaka pada 5 Jun. Toyohisa pun mendengar khabar mengenai pergerakan politik Ishida Mitsunari melawan Tokugawa Ieyasu. Pada 1 Ogos, Toyohisa memberi ketetapan pada Ishida bahawa dia akan sedia menyertai Tenteranya (Tentera Barat) bersama dengan Enciknya, Yoshihiro. Mereka berdua menyertai Pertempuran Istana Fushimi-jo. Selepas Istana Fushimi-jo yang merupakan penyokong Tokugawa dapat ditaklukan, pada 15 Ogos tahun yang sama, dia pergi dari Fushimi menghala Sawayama. Menemui pemimpinnya Ishida Mitsunari di Istananya dan berlepas menuju medan perang di Wilayah Mino. Berdasarkan sebuah maklumat bahawa Tentera Timur akan menceroboh sampai ke Istana Gifu, Ishida Mitsunari menghendaki bagi Toyohisa mempertahankan daerah Etonowatari.

Apabila Pertempuran Sekigahara telah membara, Toyohisa bersama puak Shimazu menyertai Tentera Barat dibawah kepimpinan Yoshihiro. Dikatakan dalam sebuah kisah tempatan, bahawa Yoshihiro menghantar Toyohisa ke markas Mitsunari Ishida pada 14 September 1600, Ia mencadangkan serangan kejut pada malam hari terhadap tentera Kanto semasa di daerah Akasaka, tetapi Mitsunari menolak cadangan itu kerana tentera mereka masih belum siap dan Yoshihiro memutuskan untuk berperang di daerah Hirono semasa siang hari. Walau bagaimanapun, dikatakan bahawa Yoshihiro enggan mengambil bahagian dalam pertempuran kerana dia tidak mempercayai Tentera Barat yang tidak mahu mendengarkan serangan malam yang dicadangkan olehnya, tetapi anekdot ini ditulis dalam koleksi sekunder yang dipanggil "ochko Shu"(koleksi/kisah dari tanah yang dikumpul), dan oleh kerana hampir tiada rancangan pasti mengenai serangan malam dalam bahan sejarah pihak Shimazu, kisah itu tidak boleh dipercayai sebagai fakta sejarah. Malam itu, kem berpindah menghala Sekigahara, dan kem itu mempunyai bentuk kira-kira seperti sebuah pasar yang ramai. Kabus tebal di bawah hujan sebelum subuh menutupi medan perang pada tarikh 15 September. Yoshihiro mengambil kedudukannya agak jauh dari jarak pangkal utama. Ada sebuah kisah yang mengatakan bahawa, satu ketika Chōjuin Moriatsu datang untuk memberi amaran pada Toyohisa, kemudian menunggang kudanya berbalik arah. Toyohisa membalas, 'Hari ini, saya pastikan bahawa Pahlawan Berkuda hari ini akan menyerang satu sama lain.' mereka pun tertawa masing-masing. Apabila Sukenzaemon Yasoshima, seorang kakitangan Ishida Mitsunari, datang dari Edo sebagai utusan bagi meminta bantuan, kakitangan yang lain memarahi 'Okago' sebab dia belum turun dari kudanya. Toyohisa pun, sangat marah dengan sikap lancang daripada utusan itu. Ia menjerit 'Majlis hari ini hanya akan berjaya apabila utusan kerjaya seiras dengan tugasnya, tunjukkanlah jikalau memang kalian mempunyai maksud yang baik,' kemudian Toyohisa menyuruhnya kembali.

Semakin matahari naik ke atas, pertempuran semakin ganas. Toyohisa, yang kehilangan pandangan dari Yoshihiro sekali di tengah-tengah pertempuran, menjadi bimbang tentang apa yang akan dia lakukan dengan air matanya jikalau Enciknya dikalahkan. Yoshihiro kemudian menyertai Toyohisa kembali ke barisan semula. Apabila Tentera Timur perlahan mula memaksa mundur kesemuanya Tentara Barat dalam pertempuran, Tentera puak Shimazu menjadi terasing di medan perang, dan Yoshihiro terpaksa melakukan seppuku apabila dia enggan bersisurut. Bagaimanapun, Toyohisa merasa bahawa Enciknya harus kembali hidup bagi menghadapi situasi sukar yang datang selepas perang, dan berkata, 'Kewujudan keluarga ini, bergantung pada kebijaksanaan dari Shimazu Yoshihiro. Encik mestilah selamat.' tegas Toyohisa selepas melihat keadaan Tentera Barat yang kacau. Saya akan mati di sini demi melindungi Encik. Hanya Encik yang mampu memimpin Shimazu selepas sampai di Satsuma. Selepas mengucap kalimat-kalimat itu, Toyohisa menggesa mereka bagi meninggalkannya. Yoshihiro sempat mencuba mengoyak kem Ieyasu bagi menunjukkan kegagahan puak Shimazu ssebelum berpusing bagi memundurkan tentera ke Jalan Ise-kaido pada siang hari. Toyohisa berkhidmat sebagai pengawas di bahagian paling belakang terpisah dari tentera utama. Tentera Timur yang dihinakan puak Shimazu sebab serangan kejut sebelum ini mengejar dengan ganas. Toyohisa dipintas oleh Naomasa Ii yang langsung mengarahkan pasukannya menggalakan tembakan voli. Toyohisa terpaksa harus menghentikan pergerakan bagi melawan musuhnya. Toyohisa, yang mengorbankan dirinya sendiri bagi Yoshihiro, segera bersedia hendak menyerang tentara Naomasa yang lebih ramai dengan 13 penunggang kuda termasuk Gensuke Nakamura, Sadaemon Uehara, dan Shodayu Toyama. Menurut epik Sappan Kyuki-zatsuroku (Pelbagai Rekod Satsuma lama), 'Dia hampir menewaskan Naomasa Ii dengan terakol dan berjaya menghalau pengejaran samurai Tentera Timur. Terdapat nota yang mengatakan bahawa Shimazu Toyohisa mengalami pendarahan besar.'

Menurut satu teori, Toyohisa mencuba mengikuti Yoshihiro selama hampir sembilan kilometer dengan jalan kaki manakala dia terluka sangat parah, ketua pendeta dan kepala kampung Kuil Ruriko-ji menghalaunya ketika di terhuyung-hayang kampung kecil itu. Toyohisa mati di sekitar Kashiwara di Kamishizu, jasadnya dibakar menjadi abu dan dikubur di jirat Ruriko-ji Temple. Batu nisannya masih ada di tempat itu. Dikatakan juga bahawa kuda Toyohisa ditemui dengan pelana berwarna darah dan beberapa peralatan berkuda hilang. Berkat mengorbankan dirinya, puak Shimazu dapat kembali ke Satsuma dengan selamat tanpa kehilangan banyak samurai maupun ashigaru. Meski sudah jelas Toyohisa mati di medan perang, Yoshihiro tidak mahu percaya dengan fakta itu. Ia sampai menyuruh Oshikawa Kinchika (nama cembung: Sankokuzo-mairi) bagi mencari keselamatan Toyohisa, kerana Ia yakin Toyohisa sebagai pengawas bahagian belakang berjaya selamat sama saja seperti perang-perang sebelum ini. Kinchika mengembara ke seluruh Jepun mencari Toyohisa sehingga tiga tahun lamanya.

Selepas Kematian

[sunting | sunting sumber]

Selepas pertempuran Sekigahara, Istana Sadowara dan wilayah penguasaan Toyohisa dirazia oleh keluarga Tokugawa, dan Shoda Yasuhisa seorang yoriki (konstabulari jepun masa Sengoku), ditunjuk sebagai pemilik harta dan tanah Sadowara. Ketika hubungan antara Tokugawa dan Shimazu telah membaik, Istana Sadowara dikembalikan semula pada ahli keluarga tetapi hubungan kerabatnya terlampau jauh iakni Shimazu Mochihisa. Toyohisa tidak mempunyai anak kandung, maka suami keponakannya, Kiiri Tadahide, mewariskan harta-hartanya. Nasab kepada Toyohisa diputus pada tahun 1624, lagipula Ia sendiri tidak punya anak kandung. Hisao, anak kepada Shimazu Iehisa (Tadatsune), ketua keluarga ke-18, menjadi pewaris Puak Nagakichi Shimazu.

Lebih-lebih lagi, Shimazu Hisatoshi, anak saudara yang dilahirkan pada tahun 1602, dan Shimazu Hisanobu, Ayahnya Hisatoshi dan adik ipar Toyohisa, menolak tawaran bagi menggantikan kepimpinan daerah Sadowara selepas kematian Yoshihisa.

Peninggalan Toyohisa yang terakhir, iakni zirahnya berjaya diperoleh oleh Shimazu Hisayoshi, ketua keluarga Nagayoshi-Shimazu, pada tahun 1777.

[sunting | sunting sumber]
  • Shimazu Toyohisa (lakonan suara lleh Yūichi Nakamura ) ialah watak utama dalam Drifters karya Hirano Kouta, di mana dia bertarung bersama Oda Nobunaga, Nasu no Yoichi, dan tokoh sejarah lain dalam dunia fantasi.
  • Toyohisa merupakan salah satu daripada watak samurai yang boleh dimainkan dalam Samurai Warriors 4 karya Koei Tecmo.
  1. ^ "佐土原城" (dalam bahasa Jepun). 宮崎市観光協会. Dicapai pada 25 Julai 2019.