Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Shin Jae-Pil | ||
Tarikh lahir | 25 Mei 1982 | ||
Tempat lahir | Korea Selatan | ||
Ketinggian | 1.85 m (6 ka 13⁄16 in) | ||
Posisi permainan | Pertahanan | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Melaka United | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2001–2005 | Anyang LG Cheetahs / FC Seoul | 1 | (0) |
2004–2005 | → Police FC (military service) | ||
2006–2009 | Gimpo Hallelujah / Ansan Hallelujah | 74 | (2) |
2010 | Suwon City | 7 | (0) |
2011–2015 | Ansan Hallelujah / Goyang Hi FC | 83 | (1) |
2015 | Ezra FC | 10 | (0) |
2015– | Melaka United | 0 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 27 November 2014 |
Shin Jae-Pil (Hangul: 신재필 ; lahir pada 25 Mei 1982) adalah pemain bolasepak berasal dari Korea Selatan yang bermain di posisi pertahanan untuk pasukan Melaka United di dalam Liga Premier Malaysia.
Beliau menyertai Anyang LG Cheetahs yang bermain di K League pada tahun 2001.
Jae-Pil bermain untuk Police FC pada 2004 hingga 2005 sebagai memenuhi khidmat kerahan tentera Korea Selatan.
Pada musim 2006, Jae-Pil menyertai Ansan Hallelujah. Beliau dilantik sebagai kapten pasukan sebelum bermulanya K League musim 2013.[1]
Bagi musim 2015, Jae-Pil telah bermain untuk Ezra FC yang bermain di dalam Lao League.
Pada 13 November 2015, Jae-Pil bersama pemain dari Sweden, Labinot Harbuzi telah menandatangani kontrak untuk menyertai Melaka United selepas melepasi sesi ujian pemain yang dijalankan. [2]