Shō Taikyū 尚泰久 | |
---|---|
Raja Ryūkyū | |
Pemerintahan | 1454–1460 |
Didahului oleh | Shō Kinpuku |
Diikuti oleh | Shō Toku |
Keputeraan | 1415 |
Kemangkatan | 1460 |
Kerabat | Keturunan Shō pertama |
Ayahanda | Shō Hashi |
Shō Taikyū (尚 泰久 , Mandarin pinyin: Shàng Tàijiǔ; 1415 - 1460) merupakan Raja Kerajaan Ryūkyū (ms. 1454-1460),[1] r. 1454–1460[2]}} merupakan raja Kerajaan Ryūkyū, yang kelima dalam perwarisan Dinasti Shō Pertama. Pemerintahannya melihat pembinaan banyak kuil Buddha, dan penghasilan Loceng Jambatan Negara (Loceng "Jambatan Negara" , 万国津梁の鐘, Bankoku shinryō no kane).
Shō Taikyū merupakan anak ke tujuh Shō Hashi, pengasas Kerajaan Ryūkyū dan Dinasti Shō Dynasty. Pada tahun 1453, dia dinamakan sebagai Putera Goeku, dan diberikan Goeku magiri (masa kini sebahagian dari Bandar Okinawa) sebagai wilayahnya.[2]
Apabila Raja Shō Kinpuku meninggal pada tahun 1453, perebutan kuasa meletus antara anak raja Shiro (志魯 ) dan adiknya Furi (布里 ). Istana Shuri terbakar dalam pertelingkahan tersebut, yang berakhir dengan kematian kedua-dua Shiro dan Furi, dan penabalan Shō Taikyū pada takhta.[2]