Sifilis kongenital ialah sifilis berlaku apabila seorang wanita yang mempunyai jangkitan sifilis tidak menerima rawatan dan menularkanya kepada janin semasa mengandung . [1] Ia akan dapat dikesan pada bayi dalam kandungan sebagai pertumbuhan yang lemah, cecair berlebihan yang membawa kepada kelahiran pramatang, atau kehilangan bayi ; walaupun wujud kes yang tidak mempunyai apa-apa simptom. [2][8] Ciri-ciri jangkitan adalah berbeza dan boleh dibahagikan kepada sebelum berumur 2 tahun dan selepas bayi berumur 2 tahun. [1] Biasanya, simptom tidak muncul pada beberapa minggu pertama bayi dilahirkan; walaupun bayi mungkin kecil dan mudah marah. [1] Ciri-ciri mungkin termasuk demam, ruam, hati dan limpa yang besar, hidung berair atau sakit tulang atau sendi . [1][4] Mungkin terdapat kulit dan mata kekuningan, kelenjar besar, radang paru-paru, meningitis, benjolan kutil pada alat kelamin, pekak atau buta. [1][5] Bayi yang berjaya bertahan hidup apabila dijangkiti bagaimanapun akan mengalami kecacatan pada hidung, kaki bawah, dahi, tulang kolar, rahang atau tulang pipi . [1] Mungkin terdapat lelangit berlubang atau melengkung tinggi, penyakit sendi, dan ketidakupayaan intelek . [1][4]Sawan dan lumpuh saraf kranial juga dilihat berlaku pada awal dan akhir fasa jangkitan. [1]
Jangkitan ini adalah disebarkan oleh bakteriaTreponema pallidumsubspesiespallidum apabila ia melintasi janin didalam plasenta semasa kehamilan atau daripada terkena kudis sifilis semasa lahir . [1][8] Ia tidak berjangkit semasa menyusu melainkan terdapat kudis sifilis pada payudara ibu. [1] Kebanyakan kes berlaku kerana pemeriksaan dan rawatan yang tidak mencukupi semasa kehamilan. [9] Bayi adalah sangat terdedah kepada jangkitan sekiranya ruam atau luka wujud. [1] Penyakit ini boleh dikesan melalui ujian yang dijalankan kepada ibu bayi; ujian darah dan ultrabunyi . [3] Ujian ke atas bayi mungkin termasuk ujian darah, CSF, dan pengimejan perubatan . [10] Penemuan mungkin mendedahkan darah merah rendah, platelet rendah, gula rendah, protein dalam air kencing, atau tiroid rendah . [1] Plasenta mungkin kelihatan besar dan pucat. [1] Siasatan lain termasuk ujian HIV . [10]
Antara langkah pencegahan ialah dengan mengamalkan seks selamat bagi mencegah sifilis pada ibu, dan pemeriksaan awal dan rawatan semasa kehamilan. [5] Satu suntikan intramuskular penisilin G benzatin kepada wanita yang hamil pada awal kehamilan boleh mecengah berlakunya penularan jangkitan ini kepada janin. [11] Rawatan sifilis kongenital bagi wanita yang disyaki menghidapi adalah dengan penisilin melalui suntikan; benzylpenicillin, procaine benzylpenicillin, atau benzatin penicillin G. [6][10] Pada ketika ketiadaan penisilin, ceftriaxone boleh digunakan. [10] Jika terdapat alahan penisilin, penyahpekaan mungkin menjadi pilihan. [10][12]
Sifilis menjejaskan kira-kira sejuta kehamilan setahun. [13] Pada 2016, terdapat kira-kira 473 kes sifilis kongenital bagi setiap 100,000 kelahiran hidup dengan sebanyak 204,000 kematian dilaporkan seluruh dunia. [7] Daripada 660,000 kes yang dilaporkan pada 2016, 143,000 kematian bayi dalam kandungan telah dilaporkan, 61,000 kematian bayi baru lahir, 41,000 kelahiran bayi pramatang atau tidak cukup berat badan, dan 109,000 kanak-kanak kecil didiagnosis dengan sifilis kongenital. [14] Sekitar 75% kes adalah daripada benua Afrika dan Mediterranean. [4] Kos pencegahan jangkitan ini adalah tidak mahal. [11][15] Penyakit ini pertama kali dikelaskan pada abad keenam belas. [16] Ujian darah untuk sifilis telah diperkenalkan pada tahun 1906, yang kemudiannya menunjukkan bahawa penyebaran berlaku dari ibu. [17]
^ abcGhanem, Khalil G.; Hook, Edward W. (2020). "303. Syphilis". Dalam Goldman, Lee; Schafer, Andrew I. (penyunting). Goldman-Cecil Medicine (dalam bahasa Inggeris). 2 (ed. 26th). Philadelphia: Elsevier. m/s. 1986. ISBN978-0-323-55087-1. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-06-30. Dicapai pada 2023-05-08.
^ ab"Congenital Syphilis". Centers for Disease Control and Prevention (dalam bahasa Inggeris). 1 April 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 April 2023. Dicapai pada 12 May 2023.
^ abcdAdamson, Paul C.; Klausner, Jeffrey D. (2022). "60. Syphilis (Treponema palladium)". Dalam Jong, Elaine C.; Stevens, Dennis L. (penyunting). Netter's Infectious Diseases (dalam bahasa Inggeris) (ed. 2nd). Philadelphia: Elsevier. m/s. 339–347. ISBN978-0-323-71159-3. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-07-06. Dicapai pada 2023-07-05.
^ abcFerri, Fred F. (2022). "Syphilis". Ferri's Clinical Advisor 2022 (dalam bahasa Inggeris). Philadelphia: Elsevier. m/s. 1452–1454. ISBN978-0-323-75571-9. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-06-30. Dicapai pada 2023-05-09.
^ abJames, William D.; Elston, Dirk; Treat, James R.; Rosenbach, Misha A.; Neuhaus, Isaac (2020). "18. Syphilis, Yaws, Bejel, and Pinta". Andrews' Diseases of the Skin: Clinical Dermatology (dalam bahasa Inggeris) (ed. 13th). Edinburgh: Elsevier. m/s. 347–361. ISBN978-0-323-54753-6. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-06-30. Dicapai pada 2023-05-11.
^Hussain, Syed A.; Vaidya, Ruben (2023). "Congenital Syphilis". StatPearls. StatPearls Publishing. PMID30725772. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-12-10. Dicapai pada 2023-05-12.