Sindumin | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Bahagian | Pedalaman |
Sindumin dahulunya dikenali sebagai "Mengalong" pada tahun 60-an, merupakan salah satu pekan di Sabah, Malaysia. Terletak berhampiran antara sempadan negeri Sabah-Sarawak yakni lebih tepat lagi di Bahagian Pedalaman Sabah sekitar Sungai Mengalong. Ia juga merupakan salah satu pekan yang terletak di Teluk Brunei. Pekan Sindumin didiami oleh Kedayan, Brunei,Lundayeh/Lun Bawang.