Sistem Lebuh Raya Ekspres Malaysia | |
---|---|
Maklumat sistem | |
Diselenggara oleh syarikat konsesi masing-masing; nombor dan penghalaan diberikan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).[1] | |
Panjang: | 5,027 km[3] (3,120 bt) |
Dibina pada: | 1966[2] |
Nama lebuhraya | |
Lebuhraya | Lebuhraya nn (E nn) |
Hubungan sistem | |
Jalan raya di Malaysia Lebuh raya • Persekutuan • Negeri |
Sistem Lebuh Raya Malaysia adalah sebuah rangkaian lebuh raya capaian terkawal di Malaysia.
Panjang keseluruhan lebuh raya di Malaysia setakat tahun 2024 ialah 5,027 kilometer.[3] Pembinaan lebuh raya bertol ini adalah berdasarkan konsesi syarikat swasta yang diawasi oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. Berbeza dengan lebuh raya tidak bertol dibina dan diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.[3]
Sistem lebuh raya Malaysia diiktiraf sebagai antara sistem lebuh raya terbaik di Asia selepas Jepun dan China. Sehubungan dengan itu, beberapa batang lebuh raya utama di Malaysia telah tersenarai sebagai sebahagian daripada laluan Rangkaian Lebuh Raya Asia. 2 laluan Lebuh Raya Asia yang melalui Malaysia ialah Laluan AH2 dan AH18.[4]
Bahagian laluan AH18 yang melalui Malaysia secara keseluruhannya terdiri daripada Laluan Persekutuan LP 3; manakala laluan AH2 yang melalui Malaysia terdiri daripada lebuh raya berikut:-
Selain kedua-dua AH 2 dan AH18, Lebuh Raya Asia lainnya yang juga melalui Malaysia ialah AH140, AH141, AH142, AH143 & AH150.
Proses perancangan, pembinaan, pengurusan serta penggunaan lebuh raya ekspres di Malaysia adalah tertakluk kepada Akta Jalan-jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984. Kebanyakan lebuh raya ekspres bertol dibina berpandukan piawaian jalan raya luar bandar JKR R6 (kawalan masuk penuh dengan had laju maksimum 110 km/j). Lebar minimum sebuah lorong bagi lebuh raya ekspres di bawah pengawasan Lembaga Lebuhraya Malaysia ialah 3.65 m. Bagi lebuh raya bukan ekspres yang dibiayai oleh kerajaan pusat atau kerajaan negeri seperti Lebuhraya Persekutuan, lebuh raya tersebut tertakluk kepada piawaian JKR R5 (kawalan masuk penuh atau separa dengan had laju maksimum 90 km/j). Sebagaimana lebuh raya berkelajuan tinggi di negara lain, lebuh raya ekspres di Malaysia terdiri daripada jalan raya kembar dengan bilangan lorong minima 4 lorong (2 lorong bagi setiap arah) dan dipisahkan oleh pembahagi lebuh raya. Lebuh raya ekspres dikenakan kawalan masuk penuh, bermaksud keluar masuk lebuh raya hanyalah melalui persimpangan bertingkat sahaja.
Sebelum pertengahan 1990-an, tiada sistem kod laluan bagi lebuh raya ekspres di Malaysia. Namum demikian, setelah semakin banyak lebuh raya yang dibina di Malaysia, maka kerajaan telah membentuk satu sistem kod laluan bagi lebuh raya ekspres. Kod laluan bagi lebuh raya ekspres bermula dengan huruf E diikuti nombor laluan serta dilabelkan di dalam logo heksagon berwarna kuning, misalnya Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara bagi Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara. Warna latar belakang bagi papan tanda lebuh raya ekspres di Malaysia adalah hijau.
Semua lebuh raya di Malaysia mengamalkan dua sistem pembayaran tol iaitu sistem terbuka dan sistem tertutup. Kadar tol di sistem terbuka adalah tetap dan hanya melibatkan bayaran ditetapkan di plaza tol sahaja manakala dalam sistem tertutup pula bayaran dikira mengikut jarak perjalanan; pengguna mengambil tiket tol di plaza tol masuk dan membayar tol di plaza tol keluar.
Sistem pembayaran tol secara elektronik juga diterima di semua plaza tol di Malaysia. Tiga sistem pembayaran tol elektronik diguna pakai di Malaysia iaitu SmartTAG, Touch 'n Go dan RFID
Lazimnya, motosikal dikecualikan daripada bayaran tol di Malaysia, tetapi bayaran tol bagi pengguna motosikal dikenakan di Jambatan Pulau Pinang dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Laluan Kedua Malaysia-Singapura.