Dalam makmal, sistem pancuran air dan pencuci mata kecemasan merupakan peralatan penting yang bertujuan sebagai tempat mencuci badan diri apabila terkena suatu bahan kimia berbahaya. Sistem kecemasan ini bertujuan untuk mengurangkan kesan kecederaan serta menghindarkan para pengguna makmal daripada bahaya-bahaya lanjut.[1] Pelbagai jenis sistem ini wujud, termasuk pancuran air, stesen atau botol pencuci mata khas dan hos pembasuh.[2] Pancuran air digunakan untuk membasuh badan untuk mengalirkan mana-mana bahan kimia yang terkena badan, dan tidak dikhususkan bagi mencuci mata oleh kerana pancurannya yang bertekanan tinggi sehingga mampu mencederakan mata. Pencuci mata pula membenarkan seseorang untuk membasuh matanya sebelum mendapat rawatan lanjut; tempoh pencucian mata yang baik ialah 15 minit.[2]