Sitakunda atau Bandar Sitakunda (Benggali: সীতাকুণ্ড শহর ) ialah sebuah pusat pentadbiran dan satu-satunya perbandaran (Paurashava) Upazila Sitakunda di Daerah Chittagong, Bangladesh. Sitakunda terkenal dengan Kuil Chandranath dan kuil-kuil Hindu-nya.[1] Terdapat mata air panas 5 km di utara bandar.[2]
Pekan Sitakunda mempunyai 9 wad yang dibahagikan kepada 22 mahalla, dengan populasi 36,650 orang diagihkan kepada 6,914 unit isi rumah (purata saiz isi rumah 5.3), termasuk 18,662 lelaki dan 17,988 wanita (nisbah lelaki:perempuan ialah 104:100).[3][4][5] Mahalla paling terkenal termasuk Yakubnagar, Nunachara, Mohadebpur, Sobanbagh, Bhuiyan Para, Chowdhury Para (juga dikenali sebagai Premtala), Moulvi Para, Amirabad, Edilpur dan Shibpur.[6]
Untuk mengurangkan tekanan penduduk terhadap Chittagong, Sitakunda telah dibangunkan sebagai bandar satelit, serta zon yang dipilih bagi pembangunan perindustrian bersama-sama dengan Bhatiari. [7] Perbandaran ini berkembang pesat sebagai pusat bandar, terutamanya di dalam dan sekitar mouza Sitakunda dan Mahadebpur, tempat Pejabat Pegawai Upazila Nirbahi dan pejabat kerajaan utama lain, sekolah menengah dan kolej lelaki, tetapi perkhidmatan dan kemudahan awam seperti elektrik, air minuman, saliran dan pelupusan sampah kurang disediakan.[8]
Pekan ini terletak di atas tanah rata yang tidak terputus dengan mendapan aluvium yang terletak di bawah paras air pasang besar, bebas daripada kesan pasang surut dan banjir kilat di kawasan itu disebabkan oleh sebuah benteng.[8]