Skutoid ialah sejenis pepejal geometrik antara dua permukaan selari. Batasan kedua-dua permukaan ini (dan semua permukaan selari yang lain antara satu sama lain) ialah poligon, manakala bucu poligon hujung disambungkan melalui suaut sambungan berlengkung atau berbentuk Y. Skutoid mempunyai sekurang-kurangnya satu bucu antara dua satah ini. Pepejal sebegini tidak semestinya cekung dan permukaan yang selari tidak semestinya bersatah, maka beberapa pepejal skutoid boleh terkumpul bersama mengisi ruang antara dua permukaan selari ini. Bentuk ini boleh dihuraikan secara umum sebagai campuran antara pepejal frustum dan pepejal prismatoid, kedua-duanya dimodelkan dalam gambar rajah di kanan.[1][2]
Objek ini pertama kali dihuraikan oleh Gómez-Gálvez et al. dalam kertas kerja berjudul Scutoids are a geometrical solution to three-dimensional packing of epithelia (bahasa Inggeris bagi Skutoid ialah penyelesaian geometrik kepada padatan tiga demensi epitelia, dan diterbitkan pada bulan Julai 2018.[1] Secara rasmi, nama scutoid (bahasa Inggeris bagi skutoid) telah dicipta disebabkan oleh bentuk itu serupa dengan bentuk skutum dan skutelum pada beberapa serangga, seperti kumbang dalam subfamili Cetoniinae.[1] Secara tidak rasmi, Clara Grima telah menyatakan bahawa sambil membuat projek, bentuk itu dipanggil buat sementara waktu Escu-toid sebagai jenaka sempena ketua kumpulan biologi Luis M. Escudero.[3][4] Memandangkan nama keluarganya, "Escudero", bermakna "tuan tanah" dalam bahasa Latin (scūtārius = pembawa perisai), nama sementara itu diubah sedikit menjadi "scutoid" (skutoid).