Stadium Negara | |
---|---|
Stadium Tertutup | |
Nama penuh | Stadium Negara Malaysia |
Lokasi | Kuala Lumpur |
Koordinat | 3°8′26″N 101°42′10″E / 3.14056°N 101.70278°EKoordinat: 3°8′26″N 101°42′10″E / 3.14056°N 101.70278°E |
Pecah tanah | 1960 |
Dibina | 1960-1962 |
Dibuka | 19 April 1962 |
Diubahsuai | 1982 |
Pemilik | PNB's PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd. |
Pengendali | PNB's PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd. |
Kos pembinaan | RM34 Juta |
Pengurus Projek | Mr S. L. Jewkes, Pengarah Kerja Awam |
Kontraktor umum | Mr M. D. Canavan, Encik Koon Yew Yin and Encik S. Nakendra |
Kontraktor utama | Pengarah Kerja Awam |
Kapasiti | 10 000 |
Stadium Negara merupakan stadium tertutup pertama di Malaysia. Ia terletak bersebelahan dengan Stadium Merdeka Kuala Lumpur.
Pada 19 April 1962, Stadium Negara telah dibuka dengan rasminya oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra Jamalullail. Stadium Negara yang merupakan sebuah gelanggang tertutup serta melambangkan kegiatan sukan dan kebudayaan di negara ini.
Kos pembinaan Stadium Negara menelan belanja lebih RM 34 juta[1] dan dianggap sebagai sebuah stadium tertutup yang terbaik di Asia Tenggara. la bukan sahaja boleh menunjukkan satu contoh kejuruteraan asli yang tidak ada tolok bandingnya tetapi juga menambahkan lagi reka bentuk seni bina moden di negara ini. Selepas pembinaan Stadium Merdeka yang terbuka maka perlulah tiba pula giliran stadium tertutup seperti Stadium Negara.
Stadium Merdeka sesuai untuk permainan-permainan yang dipertandingkan di tanah lapang tetap. Stadium Negara pula dibina khas bagi permainan-permainan dalam seperti sukan badminton, dan sesuai sebagai tempat untuk mengadakan pertunjukan kebudayaan. Stadium itu juga boleh digunakan untuk perlawanan pelbagai jenis sukan, tempat pameran dan juga temasya di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
Pada Februari 2003, Stadium Negara telah dinamakan sebagai bangunan warisan kebangsaan.
Koordinat: 3°8′26″N 101°42′10″E / 3.14056°N 101.70278°E{{#coordinates:}}: tidak boleh ada lebih daripada satu teg utama sehalaman