Star Music, dahulu dikenali sebagai Star Records, ialah syarikat rakaman Filipina dimiliki oleh ABS-CBN Corporation.[1] Ia dahulunya merupakan syarikat berasingan yang beroperasi sebagai anak syarikat milik penuh ABS-CBN sehingga 2013 apabila ia bergabung dengan ABS-CBN Film Productions, Inc. (Star Cinema). Anak syarikat penerbitan dan pengedarannya ialah Star Music Publishing (dahulu Star Songs, Inc.) dan mempunyai ribuan lagu di dalam katalognya termasuk lagu klasik "Anak" oleh Freddie Aguilar.[2][3]
Ia merupakan ahli Persatuan Industri Rakaman Filipina (PARI), sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang mewakili pengedaran dan penerbitan rakaman muzik di Filipina.[4]
TNT Records - ditubuhkan pada 2018 sebagai label rakaman rasmi peserta, finalis dan juara Tawag ng Tanghalan.
StarPop
DNA Music
Lodi Records
Selain itu, Star Music juga mengedarkan single dan album/EP artis terpilih OneMusicPH, laman sesawang muzik digital dimiliki oleh ABS-CBN Digital Media.