Steve Pantelidis

Steve Pantelidis

Steve Pantelidis (lahir 17 Ogos 1983) adalah seorang pemain bola sepak dari Australia yang kini bermain sebagai pertahanan tengah untuk Selangor FA dalam Liga Super Malaysia.

Karier Kelab

[sunting | sunting sumber]

Karier awal

[sunting | sunting sumber]

Steve Pantelidis adalah seorang pemain yang menunjukkan potensi besar dalam pertandingan antara sekolah. Selepas menyinar di kejohanan peringkat negeri mewakili negeri Vistoria, Pantelidis terpilih mewakili Institut Sukan Australia (AIS). Selepas menamatkan skim aprentisnya, Pantelidis menyertai Altona East Phoenix yang bermain di Liga Perdana Victoria. Pantelidis dipilih sebagai Pemain Terbaik Tahunan pada tahun keduanya.

Pantelidis berhijrah ke Denmark ketika berumur 19 tahun dengan menyertai FC Aarhus, selepas kejayaan di Altona East Phoenix.

Kembali ke Australia

[sunting | sunting sumber]

Pantelidis kembali ke Australia selepas 6 bulan di Denmark dan bermain dengan Melbourne Knights di dalam Liga Bolasepak Kebangsaan (NSL). Ketika bermain di kelab ini, Pantelidis telah terplilih mewakili skuad bawah-20 Australia dan bermain dalam kejohanan Piala Dunia di Emiriah Arab Bersatu, di mana Australia berjaya layak sehingga ke suku akhir. Pada musim 2004/5, Pantelidis bermain dengan dua pasukan di dalam Liga Perdana Victoria; iaitu dengan FC Oakleigh Cannons bagi dari Julai hingga Disember 2004, dan bermain bagi pasukan Heidelberg United FC bagi separuh kedua sehingga Jun 2005.

Melbourne Victory

[sunting | sunting sumber]

Melbourne Victory FC mendapatkan khidmat Pantelidis bagi permulaan musim A-League dan Pantelidis bermain selama 4 tahun, memenaning dua kejuaraan A-League bersama kelab berkenaan.

Gold Coast United

[sunting | sunting sumber]

Pada 2009 Pantelidis bersetuju menyertai kontrak 2 tahun dengan pasukan baru A-League, Gold Coast United FC. Pantelidis bermain 49 perlawanan bagi Gold Coast FC.

Medan Bintang FC

[sunting | sunting sumber]

Selepas pelbagai kejayaan sepanjang di Gold Coast United FC, Pantelidis menyertai Medan Bintang FC, bermain di dalam Liga Primer Indonesia yang baru ditubuhkan. Beliau menandatangani kontrak selama 2 tahun.

Perth Glory

[sunting | sunting sumber]

Selepas kembali dari Indonesia selepas pembubaran Liga Prime Indonesia, Pantelidis bermain untuk Perth Glory sebelum permulaan musim dan mengharungi musim cemerlang. Pantelidis bermain 22 perlawanan berturu-turut, mengekalkan tempatnya sebagai pemain pertahanan agresif dan pintar membaca permainan. Beliau membantu Perth Glory layak ke perlawanan akhir, sebelum tewas tipis kepada Brisbane Roar 2-1 akibat keputusan kontroversi pengadil. Pantelidis menandatangani lanjutan kontrak 2 tahun sehingga musim 2013-2014 selepas perlawanan tersebut.

Pada penghujung 2013, Pantelidis meninggalkan Perth Glory dan menyertai pasukan Selangor FA yang bermain di Malaysia Super League, menyertai bekas jurulatih Melbourne Victory, Mehmet Durakovic.[1]

  1. ^ "STEVE PANTELIDIS TO LEAVE PERTH GLORY". Persatuan Bola Sepak Australia. 3 Disember 2013.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.