Storm Warriors

The Storm Warriors
PengarahOxide Pang Chun
Danny Pang
Lakon layarDanny Pang
Oxide Pang
Pang Pak-sing
Timax Wong
Dihasilkan olehDanny Pang
Oxide Pang
Alvin Lam
Cheung Hong-tat
DibintangiAaron Kwok
Ekin Cheng
Kenny Ho
SinematografiDecha Srimantra
Disunting olehCurran Pang
Muzik olehRonald Ng
Syarikat
penerbitan
Universe Entertainment
Sil-Metropole
Chengtian Entertainment
Diedarkan olehUniverse Films Distribution Co. Ltd.
Tarikh tayangan
2009
Masa tayangan
111 minit
NegaraHong Kong
BahasaKantonis
BajetUS$5,668,356[1]

The Storm Warriors (bahasa Melayu harafiah Pahlawan Ribut) ialah sebuah filem berbahasa Kantonis yang mula ditayangkan pada tahun 2009.

Filem The Storm Warriors ini telah dihasilkan di bawah arahan pengarah Oxide Pang Chun dan Danny Pang.

Ringkasan

[sunting | sunting sumber]

Templat:Spoiler Angin dan Awan mendapati diri mereka sangat lemah ketika berhadapan dengan Ateis Jati dari kerajaan Jepun yang kejam dan bertujuan untuk meluaskan penjajahan ke negara China. Ketua kumpulan mereka telah diracun oleh Ateis Jati sehingga menjadi cacat dan sukar untuk dipulihkan. Di permulaan pertarungan, Angin dan Awan mudah ditewaskan oleh Ateis Jati. Hanya Raja Syaitan sahaja dapat menewaskan Ateis Jati. Sementara itu, Ateis Jati terus menjarah kerajaan China. Angin, Awan bersama-sama dengan dua sahabat mereka telah pergi ke gua Pintu Hidup dan Maut untuk memohon bantuan daripada Raja Syaitan agar sudi membantu mereka. Sementara itu, anak perempuan Raja Pedang, Mimpi bertandang ke gua untuk membantu Awan dan Angin menyelamatkan negaranya dari dijajah. Mahaguru memberitahu kekuatan kungfunya tidak sehebat lagi selepas tangannya dikudungkan oleh Ateis Jati suatu masa dahulu. Mahaguru Tuan Tanpa Nama menyarankan jika mahu menewaskan Ateis Jati dengan cepat dan mudah hanya ada satu jalan di mana salah seorang dari mereka perlu masuk ke dalam dunia syaitan. Jika sudah masuk tidak akan ada jalan keluar dari dunia syaitan ke dunia manusia semula. Dari kalangan mereka, Angin dipilih untuk menyertai ke dalam dunia syaitan. Awan yang tidak dipilih telah dipanggil untuk beradu tenaga dengan Tuan Tanpa Nama sebagai latihan pertarungan. Awan berjaya menewaskannya dan beliau sempat menasihati kepada Awan yang dia perlu berganding bahu dengan Angin untuk menewaskan Ateis Jati kelak.

Sementara itu, Ateis Jati bersama-sama anaknya ingin membongkar suatu rahsia di Makam Naga milik kerajaan China. Maharaja China yang dijadikan tebusan dan disuruh untuk menunjukkan perjalanan di mana lokasi terletaknya Makam Naga. Ketika Awan dan Tuan Tanpa Nama sedang berlatih kungfu, tentera Ateis Jati berjaya menyelinap masuk ke dalam gua Pintu Hidup dan Maut. Keadaan di dalam gua menjadi huru hara. Dengan itu, Angin terus munculkan diri untuk menyelamatkan Mimpi dari dibunuh. Angin tidak seperti manusia, dia sudah menjadi separa syaitan. Kesemua bala tentera Ateis Jati telah ditewaskan oleh Angin. Ateis Jati dan para pengikutnya masih menunggu di luar pintu gua dengan harapan kesemua pendekar China itu dibunuh bagi memudahkan dia masuk ke dalam Makam Naga. Tetapi sangkaannya meleset. Di dalam gua pula, mereka semua berkerjasama untuk membanteras kemaraan bala tentera Ateis Jati. Ateis Jati berjaya masuk ke dalam perkarangan Makam Naga, tetapi dia tidak mengetahui di mana lokasinya. Maharaja bertegas untuk merahsiakan lokasi Makam Naga tersebut tetapi dua orang puterinya telah dibunuh oleh anak Ateis Jati. Dengan tiba-tiba, Awan muncul untuk menyelamatkan Maharajanya dari dibunuh oleh Ateis Jati. Awan terus membunuh kesemua bala tentera Ateis Jati. Kini tinggal mereka berdua sahaja untuk melakukan pertarungan buat kali kedua. Ateis Jati yang masih kebal agak sukar ditewaskan oleh Awan.

Tiba-tiba Angin terus menyerang Awan. Sedang mereka berdua sedang bertarung, Ateis Jati mengambil peluang untuk merampas tulang emas rangka naga tersebut. Angin dengan pantas terus menyerang Ateis Jati dan kali ini Awan turut membantu Angin menewaskan Ateis Jati. Dengan kecekapan mereka berdua, Ateis Jati berjaya diperdaya oleh Awan. Awan tidak melengahkan masa untuk memotong tangan kanan Ateis Jati dan terus menikam ditubuhnya dengan sebilah pedang. Ateis Jati akhirnya terbunuh dan rangka naga tersebut telah dirampas dan dilarikan oleh Angin. Angin melarikan diri ke Perkampungan Nik. Di situ, Angin mampu berubah menjadi manusia semula kerana pujukan dari Mimpi tetapi sifat syaitan masih wujud ditubuhnya. Sekali lagi rangka naga dirampas oleh anak Ateis Jati yang mengekori pergerakan Angin. Awan dan rakan-rakannya terlewat tiba ditempat kejadian, Angin mulai terlihat akan kehadiran Awan lalu dia terus menyerang Awan. Sifat syaitannya masih wujud, hanya Awan sahaja mampu mengubati Angin dengan menghapuskan mata syaitan Angin yang bertanda di dahi. Mereka bertarung dengan lebih sengit. Awan berjaya memerangkap Angin untuk bertarung ke alam imaginasi seperti yang diarahkan oleh mahagurunya dahulu. Akhirnya, Awan mendapat peluang untuk membunuh Angin tetapi dia tidak sampai hati untuk melakukannya kerana erti persahabatannya. Angin terus mencampakkan Awan sehingga dia menjadi sangat lemah. Kerana sifat syaitannya terlalu kuat, Angin terus membunuh Chu Chu kekasih kepada Awan. Angin berubah menjadi syaitan sepenuhnya tiada lagi erti persahabatan di antara Awan dan Angin serta tiada lagi erti kasih sayang antara Angin dan Mimpi. Di pertarungan terakhir tersebut, Awan tidak mempunyai peluang selain melepaskan pedangnya untuk memusnahkan mata syaitan di dahi Angin. Peluang tersebut jika berjaya boleh menyebabkan dia terkorban. Lontaran pedang tersebut terus mengenai mata syaitan tersebut, dengan itu Angin berjaya keluar dari dunia syaitannya. Dia sungguh menyesal kerana telah membunuh Chu Chu dan menyebabkan Awan terkorban demi untuk menyelamatkannya. Templat:Endspoiler

  • Aaron Kwok sebagai Penjejak Awan
  • Ekin Cheng sebagai Penjejak Angin
  • Simon Yam sebagai Ateis Jati
  • Charlene Choi sebagai Mimpi
  • Nicholas Tse sebagai anak Ateis Kuntum
  • Tiffany Tang sebagai Chu Chu
  • Kenny Wong sebagai Mahaguru Tuan Tanpa Nama
  • Patrick Tam sebagai Maharaja China

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]