Suhail bin Amru merupakan salah seorang daripada pembesar terkemuka dalam kalangan Quraisy, dan juga dikenali sebagai pemidato kaum Quraisy. Beliau bijak dan petah berkata-kata, dan setiap pendapatnya diambil berat oleh puak beliau.
Suhail merupakan salah seorang daripada pembesar Mekah sewaktu kebangkitan Islam.[1] Beliau merupakan seseorang yang masyhur dalam kalangan pembesar Quraisy, dan pandai bercakap. Beliau antara pembesar yang enggan melindungi Rasulullah semasa pengembalian baginda dari Taif,[1] dan memainkan peranan penting dalam mengikat Perjanjian Hudaibiyah. Beliau berkeras agar perjanjian tersebut ditandatangani dari pihak Muslimin dengan nama "Muhammad bin Abdullah" dan bukannya "Nabi Muhammad", kerana pihak Quraisy tidak menerima kenabian baginda.
Beliau ialah anak kepada Amru bin Abdu Syams dan Uzza binti Sufian daripada Bani Umayyah. Beliau mempunyai 4 saudara tiri, Sakran bin Amru (anak lelaki Hiyah binti Qays al-Khuzaiyah, dan juga suami pertama Ummahatul Mukminin, Saudah binti Zam'ah, dan beliau ialah bapa kepada Abdur Rahman), Hatib (anak lelaki Asma binti al-Haris bin Naufal, dan beliau ialah suami kepada Raita binti Alqama, dan beliau merupakan bapa kepada Amru), Sahl (anak lelaki Asma binti al-Haris bin Naufal, dan juga suami kepada Safiya binti Amru bin Abdul Wud, dan beliau ialah bapa kepada Amir) dan Sulait (anak lelaki Khawla binti Amru bin al-Haris, dan beliau ialah suami Fatima binti Alqama, dan beliau ialah bapa Salit).
Beliau telah bernikah sebanyak 3 kali, Fatimah binti Abdul Uzza, Fakhita binti Amir bin Naufal dan al-Hunfa' binti Abu Jahal. Dari Fakhita, beliau mendapat dua anak lelaki, Abdullah (suami kepada Laila binti Abd Allah dan ayah kepada Umar dan Ubaidallah) dand al-As (yang kemudian dikenali sebagai Abu Jandal dan merupakan suami kepada Safiya binti Abd al-Uzza, dan beliau ialah bapa kepada Jandal dan Abd Allah). Dari Fatimah binti Abdul Uzza, beliau mendapat 3 orang anak, Hindun (isteri kepada Hasan bin Ali dan ibu kepada Yaqub dan Abdulrahman), Ummu Kulsum (isteri kepada Abu Sabra bin Abu Ruhim dan ibu kepada Sa'd, Sabra, Abdullah dan Muhammad) dan Sahla(isteri kepada Abu Hudhayfa bin 'Utba dan ibu kepada Salim Maula Abu Huzaifa dan Muhammad bin Abi Huzaifa). Dari Hunfa binti Abu Jahal, beliau mendapat seorang anak lelaki Yazid (suami kepada Ruqaiya binti Abdallah bin Abi Qays dan bapa kepada Abu al-Hasan dan Ummul-Hasan). Beliau berasal daripada Bani Amir bin Luay bin Ghalib bin Quraisy.
Beliau memeluk Islam selepas pembukaan Kota Mekah. Beliau menguatkan kaum Muslimin selepas kewafatan Rasulullah di Mekah. Beliau mengambil bahagian dalam peperangan Yarmuk di pihak kaum Muslimin.
Beliau meninggal dunia di Palestin di sebuah kota kecil bernama 'Amawas berhampiran Baitulmaqdis.
|dead-url=
ignored (bantuan)