Yang Berhormat Dato' Indera Dr. Suhaili Abdul Rahman SIMP, DIMP (Pahang); ASDK (Sabah); JP (Melaka) | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Labuan, Wilayah Persekutuan | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Rozman Isli |
Dalam jawatan 1999–2008 | |
Didahului oleh | Abdol Mulok Awang Damit |
Digantikan oleh | Yussof Mahal |
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia | |
Menyandang jawatan 23 Ogos 2020 | |
Presiden | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Maklumat peribadi | |
Lahir | (1961-05-06) 6 Mei 1961 (umur 63) Kampung Ganggarak, Labuan |
Parti politik | UMNO PPBM |
Gabungan politik lain | PN |
Pasangan |
|
Anak | 3 lelaki 3 perempuan |
Pekerjaan | Ahli politik |
Dato' Indera Suhaili bin Abdul Rahman (lahir 6 Mei 1961) ialah seorang ahli politik dan juga Ahli Parlimen bagi Labuan. Beliau merupakan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia Wilayah Persekutuan.[1]
Beliau mula berkecimpung dalam dunia politik seawal usia 20-an pada tahun 1982 dengan bermula sebagai ahli biasa UMNO ketika parti itu mengembangkan sayapnya di Labuan. Menandingi dibawah UMNO, beliau mengambil alih Labuan daripada kerajaan Berjaya pada tahun 1985. Beliau kemudian bertanding pada pilihan raya tahun 1999 bagi kerusi Parlimen Labuan dan berjaya memenanginya. Suhaili sekali lagi mengekalkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen bagi sesi 2004/2005.
Bagi Pilihan raya umum Malaysia 2022 beliau bertanding di bawah Perikatan Nasional sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan mendapatkan kerusi parlimen pertama di wilayah tersebut bagi parti itu.
Beliau dilahirkan pada 6 Mei 1961 di Kampung Ganggarak, Labuan, memiliki Sarjana Muda Sains (Ekonomi) University of London dan juga Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dalam Strategi Pemasaran, University of Hull, United Kingdom.[2] Beliau berkahwin dengan Datin Fatimah Wanchi dan mempunyai 4 orang anak, 3 orang anak lelaki (Syahirul Fazly, Saiful Redhzuan & Syahirul Fauzee) dan seorang anak perempuan (Siti Nor Fazillah). Manakala melalui isteri kedua, Datin Suraya Hamdi beliau dikurniakan 2 orang puteri, yang sulung Sara Nurashekeen berumur 23 tahun (2017) dan Sara Nur Ashereen berumur 19 (2017).
Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Labuan | Suhaili Abdul Rahman | PN (BERSATU) | 8,124 | Bashir Alias | BN (UMNO) | 7,416 | 708 |
Rozman Isli | WARISAN | 7,310 | ||||||
Ramli Tahir | PH (AMANAH) | 5,307 | ||||||
Dayang Rusimah @ Raynie Mohd Din | PBM | 202 | ||||||
Ramlee Mat Daly | GTA (PEJUANG) | 90 | ||||||
2004 | Suhaili Abdul Rahman | BN (UMNO) | 11,087 | Matusin Abdul Rahman | PAS | 3,186 | 7,901 | |
1999 | Suhaili Abdul Rahman | BN (UMNO) | 8,687 | Teo Boon Heng @ Raymond | PBS | 2,172 | 6,515 | |
Asbullah Mohd Salleh | PAS | 1,318 |
Parti komponen Perikatan Nasional | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||