Sultan Bolkiah

Bolkiah Shah Alam
بلقية شاه علام
Pemerintahan 1485 - 1524
Pendahulu Sultan Sulaiman
Pengganti Sultan Abdul Kahar
Anakanda
Pengiran Bendahara Pengiran Muda Muhammad Tajuddin
Pengiran Maharaja Laila @ Seri Lela Buang Manis
Pengiran Temenggong Puteh
Nama penuh
Pengiran Muda Abul Bolkiah ibni Sultan Sulaiman
Ayahanda Sultan Sulaiman
Agama Islam
Seorang Sultan Brunei digambarkan dalam Buku Kembara Magellan 1879. Diandaikan bahawa orang di sebelah kanan yang menunggang gajah ialah Sultan Bolkiah, kerana orang Magellan melihat orang di sebelah kanan dan bukan ke kiri.
The Tomb of Sultan Bolkiah

Almarhum Sultan Bolkiah ibni Almarhum Sultan Sulaiman ibni Almarhum Sultan Sharif Ali ibni Almarhum Sharif Ajlan Al Akbar Al Hasani atau Bolkiah sahaja (Jawi: سلطان بلقية) ialah Sultan Brunei ke-5, memerintah dari tahun 1485 hingga tahun 1524. Pemerintahan baginda dikenali sebagai Era Kegemilangan dan Keemasan bagi Brunei kerana jajahannya ketika itu meliputi ke seluruh Kepulauan Borneo dan Kepulauan Filipina. Baginda juga terus berusaha menyebarkan Islam hingga ke Kepulauan Filipina.

Pada tahun 1521, satu rombongan yang diketuai oleh Ferdinand Magellan melawat Brunei, dan antara yang mengikuti rombongan itu ialah Antonio Pigafetta. Beliau turut menulis pengalaman beliau sepanjang berada di Brunei yang terkenal dengan kekayaannya yang berlimpah-ruah dan empayarnya yang luas.

Baginda suka membawa gendang kebesaran Diraja semasa keberangkatan keluar negeri, terkenal dengan nama Nakhoda Ragam juga terkenal dengan nama Adipati Suluk.

Baginda telah mendirikan rumah tangga bersama seorang puteri dari Pulau Segantang Bini bernama Puteri Lela Menchanai (Jawi: ڤوتري ليلا منچناي). Baginda telah mangkat pada tahun 1524 sewaktu dalam perjalanan pulang ke Brunei. Diceritakan apabila baginda mangkat, isteri baginda, Lela Menchanai, telah dukacita dan mengambil nyawanya sendiri untuk bersama-sama dengan suaminya. Kisah Lela Menchanai dan Sultan Bolkiah dikisahkan melalui sebuah lagu yang bertajuk Puteri Lela Menchanai, hasil karya Syukri Zain, penerima Anugerah Sastera MASTERA 2011.

Baginda dan isteri baginda dimakamkan bersebelahan dan makam baginda berdua dikenali sebagai Makam Selarong Bernisan Tiga, kerana makam itu mempunyai tiga buah batu nisan; dua untuk Sultan Bolkiah, dan satu lagi untuk isteri baginda, Lela Menchanai. Baginda diganti oleh Sultan Abdul Kahar.

Penyandang Terdahulu Sultan Brunei
14851524
Penyandang Kemudian
Sulaiman Abdul Kahar