Muhammad Jamalul Alam II II محمد جمال العالم | |
---|---|
Brunei
| |
Pemerintahan | 10 Mei 1906-11 September 1924 |
Pendahulu | Hashim |
Pengganti | Ahmad Tajuddin |
Pasangan | Raja Isteri Pengiran Anak Siti Fatimah Raja Buntar Pengiran Isteri Tengah Kawang Buntar |
Anakanda | |
Pengiran Muda Besar Ahmad Tajuddin Pengiran Muda Anum Pengiran Muda Laila Gambar Pengiran Muda Tengah Omar Ali Saifuddin Pengiran Anak Besar Bagol Pengiran Anak Puteri Hajah Besar Pengiran Anak Puteri Tengah Pengiran Anak Puteri Damit Pengiran Anak Puteri Hajah Tinggal | |
Nama penuh | |
Muhammad Jamalul Alam II ibni Hashim Jalilul Alam Aqamaddin | |
Ayahanda | Hashim Jalilul Alam Aqamaddin |
Bonda | Pengiran Anak Siti Fatimah |
Keputeraan | 1889 Istana Kampong Ayer, Bandar Brunei, Brunei |
Kemangkatan | 11 September 1924 Istana Majalis, Bandar Brunei, Brunei |
Dimakamkan | Kubah Makam Diraja, Bandar Brunei, Brunei |
Agama | Islam |
Sultan Muhammad Jamalul Alam II ibni Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin; KCMG, CMG, ialah Sultan Brunei ke-26 dari 10 Mei 1906 hingga 11 September 1924. Sebelum menaiki takhta, baginda dikenali sebagai Muhammad Jamalul Alam.
Menjelang masa baginda naik takhta ketika hanya berumur 17 tahun, United Kingdom telah menjadikan Brunei sebagai sebuah negeri naungan. Tidak lama kemudian, suatu perebutan kuasa antara baginda, penetap-penetap British, dan golongan bangsawan tercetus. Disebabkan itu, sebuah Majlis Mesyuarat Negeri yang terdiri daripada dua orang bangsawan ditubuhkan pada tahun 1907 untuk memerintah bagi pihak baginda sehingga tahun 1918.
Pada tahun 1906, Brunei mempunyai bendera negara sendiri. Pada tahun 1911, sistem pendidikan negaranya dikukuhkan dengan pembinaan sekolah-sekolah Melayu. Baginda juga menubuhkan pasukan Polis Brunei pada tahun 1921. Kemudian pada tahun 1922, rancangan pembangunan mula giat dijalankan. Baginda berpindah dari Istana Kampong Ayer ke Istana Majlis pada tahun itu. Kerja-kerja carigali minyak juga giat diusahakan pada zaman baginda.
Sewaktu pemerintahan baginda, wujud pelbagai kemudahan-kemudahan baharu seperti perkhidmatan elektrik, perkhidmatan pos dan perkhidmatan paip air disalurkan ke kawasan Bandar Brunei.
Pada 10 Mei 1922, baginda Sultan Muhammad Jamalul 'Alam II telah menerima lawatan kehormat daripada His Royal Highness the Prince of Wales (kemudian King Edward VIII Raja Britain) dan rombongan ke Brunei. Ketika kapal yang membawa His Royal Highness dan rombongan sampai dan berlabuh di Pulau Muara Besar, His Royal Highness dan rombongan telah dialu-alukan oleh Tuan M.E. Sherwood selaku wakil Tuan Terutama Pesuruhjaya Tinggi British dan Tuan L.A. Allen, Residen British, dan dijunjung berangkat masuk ke Sungai Brunei dengan menaiki kapal S.I. McArthur. Pada masa kapal itu sampai di suatu tempat, His Royal Highness telah menerima tembakan penghormatan, dan seterusnya dibawa belayar berkeliling melawat Kampong Ayer. Setelah sampai dan merapat di Jetty Kastam, His Royal Highness disambut oleh baginda dan para Pembesar Diraja dengan penuh penghormatan dan kebesaran Adat Istiadat Diraja, lalu dibawa berangkat ke Lapau. Ketika di Lapau, His Royal Highness, dibawa oleh baginda Sultan bersama-sama bersemayam di atas Singgahsana, dihadiri oleh para pembesar Diraja dan jemputan kenamaan.
Sepanjang hidup baginda, sebelum Sultan Muhammad Jamalul 'Alam II berpuspa, baginda telah mendirikan rumah tangga dengan Raja Isteri Pengiran Anak Siti Fatimah, Raja Buntar, Pengiran Isteri Tengah dan Kawang Buntar.
Hasil perkongsian hidup dengan isteri-isteri baginda, baginda dikurniakan enam orang putera dan empat orang puteri.
Mereka adalah:
Pemerintahan baginda amat singkat. Penularan wabak penyakit malaria yang serius pada masa itu telah menyebabkan baginda mangkat pada 11 September 1924, pada umur 35 tahun, beserta 3 orang ahli keluarga baginda. Jenazah baginda disemadikan di Kubah Makam Diraja, Bandar Brunei, dan diganti oleh anakanda sulung baginda, Pengiran Muda Besar Ahmad Tajuddin. Berita kemangkatan baginda disifatkan satu kehilangan besar buat rakyat Brunei dan ahli-ahli residen British termasuk EF Pretty yang ada menyebutkan dalam laporan tahunan 1924 terhadap kehilangan baginda. Dalam laporan itu mengatakan bahawa baginda telah disahkan menghidap penyakit demam Malaria yang disahkan oleh Doktor Cleverton kepada isteri baginda serta anakanda-anakanda
United Kingdom:
Penyandang Terdahulu | Sultan Brunei 1906 – 1924 |
Penyandang Kemudian |
Hashim | Ahmad Tajuddin |