Pengilang | Funtech |
---|---|
Jenis | Konsol permainan video |
Generasi | Generasi keempat (era 16-bit) |
Ketersediaan runcit | October 1995 |
Sistem pengendalian | tiada |
CPU | Motorola 68000 16-bit, 8-bit MOS 6502 |
Kamera | tiada |
Super A'Can merupakan sebuah konsol permainan video yang telah dikeluarkan oleh syarikat Funtech untuk pasaran di Taiwan sahaja. Kebanyakkan orang menganggap bahawa konsol ini merupakan konsol yang telah disalin semula dari konsol SNES (Super Nintendo Entertainment Systems) kerana reka bentuk yang seakan sama dengan konsol SNES dan cip mikropemproses yang sama dengan konsol SNES iaitu Motorola 68000[1].
Konsol ini dikatakan gagal kerana teknologi 16-bit pada ketika ia dikeluarkan sudah berakhir dan dijual pada harga yang sangat tinggi menyebabkan tidak ramai pengguna membeli konsol ini. Tambahan pula, konsol ini hanya dijual dalam pasaran Taiwan menyebabkan ianya jarang ditemui di dunia ini[1].
Konsol ini boleh dikatakan mempunyai spesifikasi yang agak tinggi kerana menggunakan dua teras cip mikropemproses Motorola yang mampu menjana 32 768 palet warna[1]. Walau bagaimanapun, konsol ini dikeluarkan pada ketika era 16-bit pada konsol permainan video yang akan berakhir, di mana kebanyakkan pengeluar konsol sudah sedia dengan konsol yang berteraskan 32-bit cip mikropemproses.
Sistem teras | |||||
---|---|---|---|---|---|
Cip mikropemproses | Utama: 16-bit Motorola 68000 berkelajuan 10.6 MHz Kedua: 8-bit Motorola 6502 berkelajuan 3.58 MHz | ||||
RAM | 64 KB | ||||
RAM video | 128 KB | ||||
Grafik dan suara | |||||
Palet warna | 32 768 warna | ||||
Resolusi skrin | 320 x 240 | ||||
Saluran audio | 16 saluran audio |
Sebanyak 12 buah permainan video dipercayai telah dibangunkan untuk konsol ini sebelum konsol ini dihentikan pengeluarannya[2]. Konsol ini berjaya memberikan paparan gambar yang lawa dan terang dalam suasana 2D, kesan daripada spesifikasi konsol ini yang tinggi. Permainan video yang popular untuk konsol ini ialah C.U.G., permainan video yang lebih kurang sama dengan Super Mario Bros[3].
Nombor siri | Tajuk | Tajuk lain | Pembangun | Genre | Tahun dilepaskan | |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | F008 | African Adventures | 1) Fēizhōu Tànxiǎn 2) Monopoly: Adventure in Africa |
Panda Entertainment | Teka-teki | 1995 |
2 | F006 | C.U.G. | 1) Xī Yóujì 2) Journey to the Laugh |
Funtech | Platform | 1995 |
3 | F001 | Formosa Duel | Fú Ěr Mó Shā Dà Duìjué | AV Artisan | Teka-teki | 1995 |
4 | F002 | Sango Fighter | Sānguózhì Wǔjiàng Zhēngbà | Panda Entertainment | Pergaduhan | 1995 |
5 | F003 | The Son of Evil | Xié'è Zhīzǐ | Funtech | RPG | 1995 |
6 | F004 | Speedy Dragon | 1) Yīnsù Fēilóng 2) Sonic Dragon |
AV Artisan | Platform | 1995 |
7 | F005 | Super Taiwanese Baseball League | Chāojí Zhōnghuá Zhí Bàng Liánméng | Quan Wei Technology/C&E | Sukan | 1995 |
8 | F011 | Boom Zoo | 1) Bào Bào Dòngwùyuán 2) Explosive Burst Zoo |
Funtech | Aksi | 1996 |
9 | F009 | Gambling Lord | Dǔ Bà | Panda Entertainment / Funtech | Mahjong | 1996 |
10 | F012 | REBEL | 1) Pàn Xīng 2) Rebel Star |
Horng Shen Information Co., Ltd | RPG | 1996 |
11 | F007 | Super Dragon Force | 1) Chāojí Guāngmíng Zhàn Shǐ 2) Super Light Saga: Dragon Force |
Kingformation Co., Ltd. | RPG | 1996 |
12 | F010 | Magical Pool | Mó Bàng Zhuàngqiú | Funtech | Sukan | 199? |