Surender Reddy | |
---|---|
Kelahiran | Patthi Surender Reddy 7 Disember 1975 |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2005–kini |
Pasangan | Deepa Reddy |
Surender Reddy (dilahirkan pada 7 Disember 1975 di kampung machanapalli, Jammikunta, Karimnagar, Telangana, India) ialah pengarah filem Tollywood bahasa Telugu.[1]
Beliau bekerja dengan NT Rama Rao Jr., Mahesh Babu, Ravi Teja, Allu Arjun, Ram Charan Teja, Kalyan Ram, dan Chiranjeevi.
Beliau memulakan kerjaya sebagai pengarah menerusi filem Athanokkade dengan Nandamuri Kalyan Ram. Filem-filem terkenalnya ialah Kick yang dibintangi oleh Ravi Teja, Ileana D'Cruz dan Race Gurram yang dibintangi Allu Arjun dan Shruti Haasan. Semua filem yang diarahkannya kecuali Athanokkade ialah cerita-cerita yang ditulis oleh Vakkantham Vamsi.
Filem beliau Kick 2 dikeluarkan pada Ogos 2015 lakonan Ravi Teja.[2] Ia mengumpul anggaran rs.6.25 crore (943,000 USD) pada hari pertamanya, yang tertinggi untuk filem Ravi Teja mengatasi Power.[3]