国家公安委員会 Kokka Kōan Iinkai | |
Bangunan ke-2 Pejabat Pemerintah Pusat | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 1947 |
Bidang kuasa | Jepun |
Ibu pejabat | 2-1-2 Kasumigaseki, Chiyoda-ku, Tokyo, Jepun |
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Pejabat Kabinet |
Laman sesawang | www |
Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan (国家公安委員会, Kokka Kōan Iinkai) adalah suruhanjaya Pejabat Kabinet Jepun. Ia beribu pejabat di Bangunan ke-2 Pejabat Pemerintah Pusat di 2-1-2 Kasumigaseki di Kasumigaseki, Chiyoda, Tokyo.[1][2]
Suruhanjaya ini terdiri daripada ketua yang memegang jawatan Menteri Negara dan lima anggota lain yang dilantik oleh Perdana Menteri, dengan persetujuan kedua-dua dewan Diet. Suruhanjaya ini beroperasi secara bebas dari kabinet, tetapi berselaras dengannya melalui Menteri Negara.
Fungsi suruhanjaya adalah untuk menjamin keberkecualian sistem polis dengan melindungi kekuatannya dari tekanan politik dan memastikan pemeliharaan kaedah demokratik dalam pentadbiran polis. Ia mentadbir Agensi Polis Negara, dan mempunyai kuasa untuk melantik atau memecat pegawai kanan polis. Suruhanjayaini juga mempunyai hubungan dengan agensi lain di luar Jepun dalam menyalaras tugas anti-jenayah rentas sempadan.[3]
Rencana ini mengandungi bahan daripada Perpustakaan Kongres Pengajian Negara yang merupakan terbitan pemerintah Amerika Syarikat dalam domain awam.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan |