Sutherland Springs, Texas | |
---|---|
Koordinat: 29°16′24″N 98°03′24″W / 29.27333°N 98.05667°WKoordinat: 29°16′24″N 98°03′24″W / 29.27333°N 98.05667°W | |
Negara | Amerika Syarikat |
Negeri | Texas |
Kaunti | Wilson |
Diasaskan | 1854 |
Diasaskan oleh | John Sutherland |
Aras | 469 ft (143 m) |
Penduduk (2017) | |
• Jumlah | 600 |
Zon waktu | UTC-6 (CST) |
Kod ZIP | 78161 |
Laman sesawang | Handbook of Texas |
Sutherland Springs adalah sebuah komuniti tidak digabungkan yang terletak di geran tanah Sepanyol lama milik Manuel Tarin di utara Kaunti Wilson, Texas, Amerika Syarikat. Ia terletak di laluan Lebuhraya 87 A.S. di persimpangan Farm Road 539, sekitar 21 batu (34 km) timur bandar San Antonio.
Sutherland Springs telah diasaskan pada tahun 1854 dan dinamakan bersempena dengan nama John Sutherland Jr., seorang warganegara peneroka.[2] Sebuah pejabat pos telah beroperasi di Sutherland Springs sejak tahun 1851.[3]
Pada November 5, 2017, Devin Patrick Kelley telah menembak dan membunuh 26 orang dan mencederakan 20 orang yang lain di Gereja First Baptist. Kelley meninggal dunia selepas itu. Ia merupakan peristiwa tembakan beramai-ramai paling berdarah dalam sejarah Texas.[4]