Sweet Nothing in My Ear | |
---|---|
Format | Drama TV |
Pengarah | Joseph Sargent |
Dibintangi oleh | KJeff Daniels Marlee Matlin Noah Valencia |
Negara asal | Amerika Syarikat |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 110 min |
Penyiaran | |
Saluran asal | Hallmark Channel |
Sweet Nothing in My Ear merupakan sebuah drama asli oleh Hallmark Channel yang berkisar kepada kehidupan Dan Miller (lakonan Jeff Daniels) dan isterinya Laura, (Marlee Matlin) yang kurang pendengaran atau pekak. Mereka dikurniakan seorang anak yang juga senasib dengan Laura. Anak mereka, Adam (Noah Valencia) pekak apabila berusia empat tahun. Maka, bermulalah pertelingkahan antara Laura dan Dan mengenai pembedahan implan ke atas Adam untuk membolehkan Adam dapat mendengar semula. Laura tidak menyetujuinya kerana beliau yang juga guru di sekolah orang pekak mahu anaknya menerima segala kekurangan yang dialami kerana itulah yang selalu diperkatakan kepada Adam mahupun anak-anak muridnya. Berlainan pula dengan Dan yang mahukan anaknya dapat mendengar semula. Drama ini disiarkan pada 20 April 2008 di Amerika Syarikat.