TKB-059 | |
---|---|
Jenis | Raifal gempur |
Tempat asal | Kesatuan Soviet |
Sejarah perkhidmatan | |
Digunakan oleh | Kesatuan Soviet |
Sejarah pengeluaran | |
Pereka | German A. Korobov |
Direka | 1962-1966 |
Pengeluar | Tula Arms |
Dihasilkan | 1966 (TKB-059) |
Aneka | Pribor ZB TKB-059 |
Spesifikasi | |
Berat | 4.5kg |
Kartrij | 7.62x39mm |
Kadar tembakan | 1400-1800 butir/min |
Sistem suapan | Lelopak kotak 90-butir |
Penglihatan | Pejera besi |
TKB-059 (ТКБ-059) adalah sebuah raifal gempur bullpup berlaras tiga buatan Soviet. Ia direka untuk menggunakan peluru bersaiz 7.62 x 39 mm. Raifal yang direka oleh Kilang Senjata Negeri Tula pada tahun 1966 ini mampu dioperasikan dalam mod tembakan automatik sepenuhnya. Rekabentuk raifal ini dihasilkan berdasarkan rekabentuk raifal ZB Pribor (Прибор 3Б) (Опытный, на базе «прибора 3Б»)[1]. Kedua-dua senjata tersebut dibangunkan oleh pereka senjata kecil, GA Korobov.
Senjata ini menggunakan tiga kelopak peluru 7.62 x 39 mm dengan jumlah muatan peluru sebanyak 90 butir. Setiap laras disuap terus daripada kelopak yang berasingan. Tujuannya adalah untuk mencipta senjata dengan peluang mengena yang lebih baik dan kuasa menghentikan. Projek ini diperkenalkan bagi menyaingi projek Salvo, Amerika Syarikat.