Tahajjud Cinta

Tahajjud Cinta
Album studio oleh
Dilancarkan pada9 September 2009
Dirakamkan padaJanuari-Ogos 2009
GenreKerohanian
BahasaBahasa Melayu dan bahasa Arab Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatSiti Nurhaliza Productions
Suria Records
PenerbitDato' Siti Nurhaliza, Audi Mok, Eddie Marzuki, Tya Subkiato
Kronologi Siti Nurhaliza
Lentera Timur
(2008)
Tahajjud Cinta
(2009)
CTKD
(2009)
Single daripada Tahajjud Cinta
  1. "Ketika Cinta"
    Dikeluarkan: 2008
  2. "Batasku Asaku"
    Dikeluarkan: 2008
  3. "Ku Percaya Ada Cinta"
    Dikeluarkan: 2009 [1]
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Tahajjud Cinta ialah album ke-15 oleh Datuk Siti Nurhaliza dan album pertamanya yang boleh dikategorikan sebagai album kerohanian atau keagamaan. Album yang diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions dan diedarkan oleh Suria Records ini mula dipasarkan pada 9 September 2009 semasa bulan Ramadhan. Siti Nurhaliza merasakan amat tepat album ini dilancarkan pada bulan Ramadhan yang berkat kerana ia bertepatan dengan konsep atau mesej kerohanian yang disampaikan menerusi album tersebut. Tidak banyak artis yang menampilkan sebuah album yang bermesejkan kerohanian[2] selain album yang dinyanyikan oleh artis atau kumpulan nasyid. Album ini telah terjual melebihi 5,000 unit, di mana jualan album Siti Nurhaliza dilihat menurun berbanding 10,000 unit bagi album yang sebelumnya. Album yang diedarkan oleh Suria Records ini dijual dalam bentuk cakera padat dengan harga RM 29.90.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Sebagai seorang penyanyi, Siti Nurhaliza telahpun muncul dengan album pop dan tradisional sebelum ini dan kini beliau membuat cubaan pertama menghasilkan sebuah album pop yang keseluruhan mesej atau liriknya ke arah kerohanian. Album yang diterbitkan oleh Eddie Marzuki, Audi Mok, Dato’ Siti Nurhaliza dan Tya Subiakto ini memuatkan 8 buah lagu.

Dalam album ini, Siti Nurhaliza menyanyikan kembali lagu yang pernah dipopularkan oleh Raihan iaitu 'Ya Rasulullah' dalam versi yang telah digubah semula kerana merasakan lagu tersebut amat menyentuh perasaannya sewaktu mendendangkan lagu itu dalam teater Sirah Junjungan di Istana Budaya tidak lama dahulu. Lagu 'Ketika Cinta' adalah lagu asal penyanyi dakwah Indonesia, Opick telah dirakamkan semula dengan susunan muzik baru dan lagu itu juga menjadi lagu tema filem Indonesia `Perempuan Berkalung Sorban’. Lagu 'Pintu Rindu' (asal lagu Arab yang telah dibuat lirik bahasa Melayu) dan 'Selawat' juga dimuatkan dalam album ini kerana ia mempunyai kekuatan yang tersendiri dari segi melodi dan mesejnya.[3]

Manakala lagu ciptaan baru yang dihasilkan dalam album ini ialah Asma Ul Husna, Tahajjud Cinta, Ku Percaya Ada Cinta dan Batasku Asaku.

Senarai runut

[sunting | sunting sumber]
No.TajukSeni kataGubahanMasa
1."Asma Ul Husna"Erma FatimaErma Fatima6:00
2."Pintu Rindu"Hairul Anuar HarunHairul Anuar Harun4:58
3."Tahajjud Cinta"Hairul Anuar HarunErma Fatima5:12
4."Batasku Asaku"Attan HardilasDato' Siti Nurhaliza4:10
5."Ku Percaya Ada Cinta"Habsah HassanAudi Mok4:36
6."Ya Rasulullah"Abu Bakar Mohd YatimAbu Bakar Mohd Yatim4:55
7."Ketika Cinta" (OST Perempuan Berkalung Sorban) OpickOpick4:03
8."Selawat"Copyright ControlCopyright Control4:43


Kedudukan carta

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi
Radio Muzik ERA fm HOT fm Muzik Muzik
2009

Ketika Cinta

- - - -

Ku Percaya Ada Cinta

4 1 1 -

Batasku Asaku

- - - -
  1. ^ "Siti Komen Tentang KD, Tahajjud Cinta". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-25. Dicapai pada 29 September 2009.
  2. ^ "Tahajjud Cinta". Dicapai pada 28 September 2009.
  3. ^ "Tahajjud Cinta Dato' Siti Nurhaliza". Dicapai pada 28 September 2009.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]