Taigan

Taigan
Seekor taigan jantan di Bishkek
Nama lainTaigan Kyrgyzstan
Grehaun Kyrgyzstan
Anjing pemburu penglihatan Kyrgyzstan
Negara asalKyrgyzstan
Trait
Warna Putih, perang kekuning-kuningan, kelabu, dan hitam
CatatanDiiktiraf di peringkat kebangsaan oleh Suruhanjaya Perburuan Kementerian Perlindungan Alam Sekitar Kyrgyzstan dan oleh Persekutuan Kinologi Rusia
Anjing (Canis lupus familiaris)

Taigan[a], yang juga dikenali sebagai taigan Kyrgyzstan atau grehaun Kyrgyzstan, ialah satu baka anjing pemburu penglihatan dari Kyrgyzstan. Taigan terdapat di kawasan alp Tian Shan di Kyrgyzstan di sempadan dengan China. Ia berkait rapat dengan tazy dan saluki.[1][2][3]

Sebagai anjing pemburu penglihatan, taigan terutamanya bergantung pada penglihatan dan kelajuannya untuk menangkap mangsanya. Sebagai baka yang terkenal kerana stamina luar biasa pada altitud tinggi dan keserbagunaan semasa perburuan, baka ini menunjukkan kemahiran dalam mengikuti jejak bau dan juga diakui kerana kebolehannya untuk mengutip buruan. Taigan kerap digunakan dalam senario perburuan berdampingan dengan burung pemangsa terlatih, khususnya helang emas.[1][3] Taigan digunakan untuk memburu pelbagai buruan termasuk marmot, kelinci, rubah, bejar, kucing liar, buruan bertelapuk seperti ibex dan rusa roe, malah serigala.[1][2][3]

Taigan bercirikan lapis bulu sederhana panjang dan sedikit keriting, yang terdapat dengan pelbagai warna daripada putih dan pelbagai cahaya warna perang kekuning-kuningan hingga contoh kelabu dan hitam.[1] Sejak pembubaran Kesatuan Soviet, populasi taigan telah mengalami kemerosotan ketara. Walau bagaimanapun, Persekutuan Kinologi Rusia telah membuat usaha bersepadu untuk memelihara baka ini bersama-sama dengan baka tazy. Usaha ini termasuk pengiktirafan kedua-dua baka dan pencarian aktif bagi ternakan pembiakbakaan berkualiti tinggi untuk menyokong kewujudan bersinambung kedua-dua baka.[2]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Jawi: تايݢن; Kyrgyz: тайган, rumi: taygan
  1. ^ a b c d Alderton, David (2000). Hounds of the World [Hound di Dunia] (dalam bahasa Inggeris). Shrewsbury, United Kingdom: Swan Hill Press. m/s. 120. ISBN 9781853109126. OCLC 43674171.
  2. ^ a b c Fogle, Bruce (2009). The Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 102. ISBN 9780756660048. OCLC 697506545.
  3. ^ a b c Hancock, David (1 Disember 2012). Sighthounds: Their Form, Their Function and Their Future [Anjing Pemburu Penglihatan: Bentuknya, Fungsinya, dan Masa Hadapannya] (dalam bahasa Inggeris). Ramsbury, Marlborough, Wiltshire, United Kingdom: The Crowood Press. m/s. 150. ISBN 9781847973924. OCLC 794816555.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]