Takashi Saito | |||
---|---|---|---|
Yokohama DeNA BayStars – No. 91 | |||
Pelempar / Jurulatih | |||
Dilahirkan: Sendai, Miyagi, Jepun | 14 Februari 1970|||
| |||
Debut profesional | |||
NPB: 7 April, 1992, untuk Yokohama Taiyo Whales | |||
MLB: 9 April, 2006, untuk Los Angeles Dodgers | |||
Penampilan terakhir | |||
MLB: 30 September, 2012, untuk Arizona Diamondbacks | |||
NPB: 4 Oktober, 2015, untuk Tohoku Rakuten Golden Eagles | |||
Statistik NPB | |||
Rekod menang–kalah | 91–81 | ||
Purata peroleh larian | 3.75 | ||
Strikeout | 1,331 | ||
Statistik MLB | |||
Rekod menang–kalah | 21–15 | ||
Purata peroleh larian | 2.34 | ||
Strikeout | 400 | ||
Save | 84 | ||
Pasukan | |||
Pemain
Jurulatih
| |||
Kerjaya cemerlang dan anugerah | |||
NPB
MLB |
Takashi Saito (斎藤 隆 , Saitō Takashi, lahir 14 Februari 1970) merupakan bekas pemain besbol Jepun yang beraksi sebagai pelempar dan kini berperanan sebagai ketua jurulatih pelempar untuk pasukan Yokohama DeNA BayStars dari Nippon Professional Baseball (NPB).
Karier profesional Saito bertahan selama 23 tahun. Beliau menghabiskan 13 musim pertama kariernya untuk pasukan Yokohama Taiyo Whales / BayStars di Liga Pusat Jepun yang mencatatkan rekod 87–80, di mana beliau sering diletakkan sebagai pemula. Musim-musim berikutnya menyaksikan beliau berhijrah ke Major League Baseball (MLB) dan beraksi sebagai closer dan pelempar tambahan sebelum menamatkan kariernya di Jepun dengan mewakili pasukan Tohoku Rakuten Golden Eagles. Semasa musim sulungnya di MLB pada 2006, Saito menduduki tempat keenam dalam pengundian Anugerah Cy Young National League.[1] Penyiar Dodgers, Vin Scully menggelarkan beliau sebagai "The Man from Miyagi", merujuk kepada wilayah tempat kelahiran Saito. Beliau juga dikenali dengan nama samaran "Sammy" oleh rakan sepasukannya di Dodgers iaitu Andre Ethier dan Matt Kemp, yang membandingkan beliau dengan Sammy Sosa.[2]