Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Talal Abubakr Abdullah Haji | ||
Tarikh lahir | 16 September 2007 | ||
Tempat lahir | Jeddah, Saudi Arabia | ||
Ketinggian | 177 cm (5 ka 10 in) | ||
Posisi permainan | Penyerang tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Al-Ittihad | ||
Nombor | 52 | ||
Kerjaya remaja | |||
Al-Ittihad | |||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2023– | Al-Ittihad | 1 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2022– | Arab Saudi B-17 | 13 | (13) |
2023– | Arab Saudi B-23 | ||
2024– | Arab Saudi | 1 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 27 September 2023 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 25 Januari 2024 |
Talal Abubakr Abdullah Haji (Arab: طلال أبوبكر عبدالله حاجي; lahir 16 September 2007) ialah pemain bola sepak profesional Arab Saudi yang bermain sebagai penyerang tengah untuk kelab Liga Profesional Saudi Al-Ittihad.
Pada bulan September 2023, Talal hendak ditunjuk oleh Nuno Espirito Santo sebagai penyerang tengah menggantikan Abderrazak Hamdallah yang uzur pada perlawanan menentang Al-Okhdood, tetapi ketetapan liga mengehadkan pemain yang belum berusia 16 tahun untuk mendapatkan kaps perdana mereka.[1][2] Dia memulakan penampilan perdananya pada 21 September, menggantikan Romarinho pada perlawanan pangkal dengan mata 2–1 menentang Al Fateh. Talal secara rasmi diiktirafkan sebagai pemain termuda dalam sejarah Liga Profesional Saudi, usianya semasa itu ialah enam belas tahun lima hari; memejalkan rekod baharu yang sebelumnya milik Abbas Al-Hassan yaitu enam belas tahun dua puluh satu hari.[3]
Talal mendapat panggilan untuk menyertai pasukan kebangsaan Arab Saudi B-17 pada perlawanan Piala Arab B-17 2002 di Algeria. Ia menjaringkan dua gol hattrick berturutan dalam perlawanan menentang Lubnan dan Iraq, meskipun pada pusingan selepasnya ia tidak menjaringkan gol dalam perlawanan pusingan separuh akhir menentang Syria dan sepakan penaltinya sebagai penentu kemenangan di atas padang menyimpang. Sebagai pasukan penentang, ia dan rakan-rakannya harus rela menerima mata 5–4. Algeria mara sebagai pemenang di pentas akhir dan pada kejohanan itu Talal berjaya sebagai penjaring gol terbanyak dengan 7 jaringan gol.[4]
Talal kembali dipanggil untuk menyertai skuad semasa pasukan kebangsaan Arab-Saudi B-17 pada perlawan Piala Asia B-17 AFC 2023. Pada penampilan pembuka menentang Australia, ia kurang berjaya menjaringkan gol, tetapi pada perlawanan selepasnya ia menjaringkan gol berani 2–0 menewaskan Tajikistan. Talal mendapat anugerah pemain di atas padang terbaik dalam perlawanan itu oleh AFC.[5]
Pada bulan Januari 2024, Talal mendapat panggilan menyertai pasukan kebangsaan senior Arab Saudi selepas tiga pemain yaitu Nawaf Al-Aqidi, Abbas Al-Hassan dan Ayman Yahya mendapat denda atas sebab tidak mematuhi tata tertib semasa latihan harian. Mohammed Al-Rubaie, Mohammed Al-Breik dan dirinya ditunjuk untuk menukar tiga pemain itu.
Talal rasmi diiktiraf sebagai pemain taraf benua paling muda, usianya ketika mendapat panggilan kebangsaan ialah 16 tahun 118 hari.[6] Penampilan perdananya dalam kejohanan ialah semasa menentang Thailand di perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada tarikh 25 January 2024. Sepanjang sejarah penubuhan semua kejohanan dalam AFC, Talal Haji ialah pemain paling muda usianya dan memulakan kaps antarabangsa di usia 16 tahun 4 bulan dan 9 hari.
Kelab | Musim | Liga | Piala | Kejohanan
Benua |
Lain-lain | Kesemuanya | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Divisyen | Pnmpln. | Gol | Pnmpln. | Gol | Pnmpln. | Gol | Pnmpln. | Gol | Pnmpln. | Gol | ||
Al-Ittihad | 2023–24 | Liga Profesional Arab Saudi | 1 | 0 | 1[a] | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 2 | 0 |
Jumlah | 1 | 0 | 1 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 2 | 0 |