تامن مهكوتا جوبلي امس Taman Mahkota Jubli Emas | |
---|---|
Jenis | taman bandar, persiaran |
Lokasi | Bandar Seri Begawan, Brunei |
Koordinat | 4°53′19″N 114°56′15″E / 4.888556°N 114.937444°EKoordinat: 4°53′19″N 114°56′15″E / 4.888556°N 114.937444°E |
Keluasan | 12 hektar (30 ekar) |
Dibuka pada | 22 Oktober 2017 |
sunting |
Taman Mahkota Jubli Emas (Jawi:تامن مهكوتا جوبلي امس) ialah sebuah taman bandar di Bandar Seri Begawan, Brunei. Taman ini dibuka pada 22 Oktober 2017 sempena sambutan jubli emas KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah menaiki takhta sebagai Sultan Brunei semasa dan yang ke-29.
Taman ini merupakan hasil dari pengkonsepan Eko-Koridor Sungai Kedayan, sebuah projek untuk menggiatkan semula Sungai Kedayan, yang merangkumi mitigasi banjir, pemulihan alam sekitar dan pembangunan kawasan awam.[1][2][3][4] Projek Eko-Koridor ini ialah sebahagian dari Pelan Induk Pembangunan Bandar Seri Begawan, yang bertujuan untuk 'penggiatan semula' Bandar Seri Begawan, khususnya di kawasan Pusat Bandar, dengan pembangunan lanjutan infrastrukur komersil, kediaman dan perkhidmatan.[1][5]
Pembinaan taman bermula pada Januari 2016 dan projek ini termasuk dalam Rancangan Kemajuan Ke-10 (RKN10) di bawah Kementerian Pembangunan.[5][4]
Pada 22 Oktober 2017, taman ini dibuka rasmi oleh KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah, bersempena dengan sambutan jubli emas baginda menaiki takhta pada 5 Oktober 2017.[perlu rujukan]
Taman Mahkota Jubli Emas ialah taman berkeluasan 12 hektar (30 ekar) yang terletak di bahagian berdekatan kuala Sungai Kedayan dengan Sungai Brunei.[3] Taman ini mempunyai persiaran selebar 6 meter (20 kaki) untuk pejalan kaki dan penunggang basikal, serta sebuah taman bunga dan kawasan lapang hijau untuk aktiviti riadah.[3]
Terdapat sebelas pusat akses ke dalam taman: sembilan dari darat dan dua dari sungai melalui jeti.[3] Salah satu pusat akses tersebut ialah melalui Jambatan Pejalan Kaki Sultan Omar 'Ali Saifuddien yang menyeberangi Sungai Kedayan dan menyambung taman dengan kawasan di seberang.[perlu rujukan]
Taman, dan projek Eko-Koridor secara umum, dibangunkan di kawasan Kampong Ayer, khususnya di kawasan yang merangkumi kampung-kampung di bawah Mukim Sungai Kedayan. Pembangunan ini menyebabkan penempatan semula kira-kira 500 penduduk dari kawasan itu dan seluruh mukim kini tidak lagi wujud.[3] Projek ini telah meningkatkan kebimbangan terhadap daya hidup dan kewujudan komuniti Kampong Ayer, yang telah menghadapi isu penduduk yang semakin berkurangan disebabkan oleh penghijrahan yang berterusan ke tanah sejak bertahun-tahun.[6]
|dead-url=
(bantuan)