Jumlah penduduk | |
---|---|
20,000 | |
Kawasan ramai penduduk | |
Malaysia (Sabah) | |
Bahasa | |
Bahasa Tombonuo, Bahasa Melayu | |
Agama | |
Islam dan Kristian | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Subpan, Orang Sungai, Kadazandusun |
Tombonuo merupakan salah satu dari 40 suku kaum peribumi Sabah yang tersenarai dalam Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah. Masyarakat penutur suku ini berada dalam kelompok bahasa keluarga Paitanik.
Terdapat suku kaum Tag Banua (Orang Banua) yang berasal dari Kepulauan Palawan di Filipina dan dipercayai kemungkinan Suku kaum Tombonuo berasal dari kawasan tersebut. Pawang/shaman atau ketua agama Pagan bagi orang Tagbanua (Palawan Filipina) dikenali sebagai Bobolizan manakala Ketua Agama suku kaum Tombonuo pula dipanggil Bobohizan
Suku Tombonuo mendiami kawasan Pantai Timur Sabah seperti Pitas (Kg. Dandun, Kg. Saab, Kg. Sumbilingon, Kg. Sungai Eloi, Kg. Bangkau - Bangkau, Kg. Tombilidon, Kg. Pandan Mandamai), Paitan, Sandakan, Beluran, Labuk, Sugut, Kinabatangan dan Beaufort.
Berdasarkan cerita lisan, asal - usul istilah Tombonuo dikatakan berasal daripada gabungan kata yang diambil daripada Tumbolang (buluh) iaitu TUM dan BONUA daripada perkataan Terbonua (penduduk asal) lalu membentuk Tumbonua. Tumbonua akhirnya ditukarkan kepada Tombonuo yang bermaksud asal usul.
Etnik ini juga dipercayai mula terbentuk dari sejarah Mondou Logaki dan dua orang adik - beradik kembar yang dipercayai dilahirkan daripada buluh yang berwarna keemasan (linumoput so tumbolang)
Sub-etnik Tombonuo yang tersenarai dalam Persatuan Bangsa Tombonuo Sabah (PBTS)
Pesta Poriamo merupakan pesta yang dijalankan selepas proses menuai padi. Rami Rami Poriamo (Pesta Poriamo) mempunyai hubung kait dengan bintang iaitu buruj ‘Muru Puru’, buruj ‘Ra’ah’ dan buruj ‘Wolatik’ yang menjadi petunjuk atau panduan utama masyarakat Tombonuo untuk membuka ladang daripada peringkat awal sehingga selesai proses penanaman padi dalam tempoh setahun. Kerja-kerja penanaman dimulakan dengan aktiviti Mongogang (melihat kawasan ladang), diikuti dengan Mongoririk (membersihkan kawasan ladang), Monogad (memotong kayu), Monusul (membakar ladang), Monuan (tanam padi), Mongindikut (merumput), Mamaroi (memungut hasil padi), Mongirik Nu Bambarayon (memanggil semangat padi), Monongkop (memasak tuaian pertama untuk ahli keluarga), Muraub (gotong royong menuai padi) dan akhir sekali dirayakan dengan perayaan Rami Rami Poriamo.