Tanaka Hisashige | |
---|---|
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 7 November 1881 | (umur 82)
Warganegara | Jepun |
Tanaka Hisashige (田中 久重 , October 16, 1799 – November 7, 1881) ialah seorang ilmuwan rangaku, jurutera dan pereka cipta Jepun semasa zaman Bakumatsu dan awal Meiji. Pada tahun 1875 dia mengasaskan apa yang menjadi Toshiba. Dia digelar "Thomas Edison Jepun" atau Karakuri Giemon.[1]
Tanaka dilahirkan di Kurume, wilayah Chikugo (kini Wilayah Fukuoka) sebagai anak sulung seorang tukang cenkerang kura-kura. Menjadi perantis pada usia muda, dia seorang tukang berbakat. Pada usia lapan tahun, dia mencipta bekas batu dakwat disertakan kunci rahsia, yang memerlukan tali dipintal dengan cara tertentu untuk membukanya, dan pada usia 14 tahun, dia telah pun mencipta sebuah alat tenun yang mampu menenun corak rumit ke atas fabrik.
Dari usia 20 tahun, dia mula membuat boneka karakuri, boneka automatik yang digerakkan oleh spring, pneumatik dan hidrolik,[2] yang mampu membuat pergerakan yang agak rumit, yang mendapat banyak permintaan daripada bangsawan di Kyoto, daimyō dari pelbagai wilayah, dan daripada istana Shogun di Edo. Pada usia 21 tahun, dia membuat persembahan serata tempat di pesta-pesta dengan boneka sawat jam yang dibinanya sendiri. Dia menolak untuk mengambilalih perniagaan keluarganya dengan menyerahkannya kepada adik lelakinya dan menumpukan sepenuh perhatian kepada boneka karakuri. Bagaimana pun, pada ketika umurnya pertengahan 30-an, boneka mekanikal ini mula kurang mendapat sambutan, jadi pada tahun 1834, dia berpindah ke Osaka, di sana dia melakukan ujikaji tentang pneumatik, hidrolik dan pelbagai bentuk pencahayaan yang berasaskan minyak biji sesawi, termasuklah kaki lilin mudah alih bersaiz poket dan lampu minyak dengan pam bahan bakar bertekanan udara yang terbukti amat popular.
Kemudian dia berpindah ke Kyoto, di sana dia belajar rangaku, atau pengajian Barat, dan astronomi. Dia mencipta pam bomba pneumatik, dan pada tahun 1851, dia membina Jam 10,000 Tahun yang kini dinamakan sebagai satu Khazanah Kebudayaan Penting oleh kerajaan Jepun.
Dengan perkembangan pergerakan Sonnō jōi, atmosfera di Kyoto menjadi semakin berbahaya terhadap pengaruh dan teknologi asing, dan Tanaka diundang oleh Sano Tsunetami ke Wilayah Saga di Kyushu, di sana dia dialu-alukan oleh Nabeshima Naomasa.
Ketika berada di Saga, Tanaka mereka bentuk dan membina lokomotif wap pertama Jepun yang dibuat secara domestik, dan kapal perang wap. Walaupun dia tidak mempunyai pengalaman dalam bidang itu, dia mempunyai capaian terhadap sebuah buku rujukan berbahasa Belanda, dan pernah menyaksikan demonstrasi enjin wap yang dijalankan oleh diplomat Rusia Yevfimy Putyatin semasa lawatannya ke Nagasaki pada tahun 1853. Dia kemudiannya menjadi pelajar di Pusat Latihan Tentera Laut Nagasaki, dan setelah penutupannya dan pengunduran penasihat Belandanya, Tanaka berpindah balik ke Saga dan bekerja di Seirenkata, di sana dia membina model kapal perang wap, lokomotif wap dan membuat ujikaji dengan membuat telegraf dan kilang kaca.
Dia juga terlibat dengan pembinaan sebuah relau gema di Saga bagi penghasilan senapan Armstrong. Pada tahun 1864, dia kembali ke kampung halamannya di Wilayah Kurume, di sana dia membantu perkembangan persenjataan moden.
In 1873, six years after the Meiji Restoration, Tanaka, by then aged 74 and still energetic, was invited by the Ministry of Industry to come to Tokyo to make telegraphs at the ministry's small factory.Pada tahun 1873, enam tahun selepas Pemulihan Meiji, Tanaka yang ketika itu berumur 74 tahun tetapi bertenaga, diundang oleh Kementerian Industri Jepun datang ke Tokyo untuk membuat telegraf di kilang kecil kementerian itu. Dia berpindah tempat ke Ginza pada tahun 1875 dan menyewa tingkat dua sebuah tokong di Roppongi untuk dijadikan sebagai bengkel yang kemudiannya berkembang menjadi syarikat pertamanya - Tanaka Seisakusho (Bengkel Tanaka), pembuat telegraf yang pertama di Jepun.[2]
Setelah kematiannya pada tahun 1881, anaknya mengasaskan Kilang Pembuatan Tanaka (田中製造所 , Tanaka Seizōsho). Setelah kematiannya, nama syarikat itu ditukar kepada Kilang Pembuatan Shibaura (芝浦製造所 , Shibaura Seizōsho) pada tahun 1904, dan selepas bergabung dengan Tokyo Denki pada 1939, ia menjadi Tokyo Shibaura Denki yang umumnya lebih dikenali sebagai Toshiba.