Tapah | |
---|---|
Bandar | |
Koordinat: 4°11′00″N 101°16′00″E / 4.18333°N 101.26667°EKoordinat: 4°11′00″N 101°16′00″E / 4.18333°N 101.26667°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Perak |
Daerah | Daerah Batang Padang |
Aras | 79 m (259 ft) |
Tapah merupakan sebuah bandar kecil dalam daerah Batang Padang, negeri Perak, Malaysia. Nama bandar ini diambil sempena ikan air tawar iaitu tapah atau nama saintifiknya iaitu Wallago attu. Orang tempatan juga berkata nama bandar ini diambil dari loghat Melayu-Perak yang bermaksud tidak mengapa.[perlu rujukan]
Bandar Tapah terletak di tepi jalan persekutuan di antara Kuala Lumpur dan Ipoh. Terdapat simpang ke Pekan (Tapah Road) di sebelah kiri dan ia boleh sampai ke bandar Teluk Intan. Sungai yang mengalir di pinggirnya ialah Sungai Batang Padang.
Tapah juga ada susur masuk ke Lebuhraya Utara-Selatan melalui Jalan Pahang yang juga menjadi jalan utama ke Cameron Highlands. Di Lebuhraya Utara-Selatan, terdapat satu Perhentian Rehat & Rawat yang terbesar di sepanjang Lebuhraya PLUS.
Tapah juga mempunyai jalan perhubungan ke bandar Teluk Intan dan jalan ke Kampar melalui Jalan Persekutuan bagi pengguna lebuh raya dari Kuala Lumpur.
Jalan Pahang merupakan jalan protokol bagi Bandar Tapah, jalan ini digazetkan sebagai Jalan Persekutuan pada tahun 1989. Sebuah tugu peringatan tarikh gazet telah dibina di hadapan Pejabat Pos Tapah di mana bermulanya jalan ini. Di sepanjang jalan ini menghala ke Cameron Highlands, terdapat perkampungan Orang Asli puak Semai. Di Batu Tujuh terdapat sebuah Taman Caravan Kuala Woh yang merupakan antara hutan lipur yang paling indah di Perak, sebelum persimpangan masuk ke Kuala Woh, terdapat sebuah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Batu Tujuh yang merupakan sekolah orang asli terbesar di Perak. Batu 14 juga menawarkan sebuah lagi pusat pelancongan menarik iaitu Lata Iskandar. Pelbagai hasil hutan seperti tongkat ali, kacip fatimah, anggerik hutan serta kraf tangan Orang Asli seperti sumpit ada dijual di sepanjang jalan ini. Di akhir jalan ini di Cameron Highlands, terdapat persimpangan untuk ke Simpang Pulai berhampiran dengan Bandar Ipoh serta ke Gua Musang, Kelantan
Kisah Jalan Pahang
Changkat bermaksud Bukit, jadi Jalan Pahang ni Changkat Garam. Jalan Pahang ni asalnya jalan kereta kuda. British cadangkan nak buat jalan keretapi nak ke Cameron. Dulu di Tapah ada Kereta Sewa @ Taksi guna kereta kuda untuk pergerakan. Di usahakan oleh seorang Bussiness Woman nama Halimah, based di Jalan Tapah Road. Tak jadi impossible untuk buat jalan keretapi. British buat jalan berturap. Di Batu 21,ada quaters pekerja pembuat jalan ni dahulu. Lepastu, ada menara pandang yang masa perang dijadikan store peluru, masih ada samapai sekarang. Changkat Garam, sebab kawasan Jalan Pahang ni berbukit-bukit di semua kawasan [Taman Tapah, Taman Bunga Raya](dulu bukit) [Tanah Tok Wan @ Md Isahaq](bukit), bukit lot 345 rumah atas, rumah 188 Jalan Pahang sampai [Kg Sri Azam](bukit).
Bukit Taman Tapah namanya Bater, sekarang Lembaga Air. Di belakang sana namanya Pasor @ Pasar, tongkang² berlabuh sana, berniaga sana. Sekarang Jambatan Highway Kg Batu Melintang. [Metos], Orang dulu² kalau Jampi Serapah akan sebut nama Penunggu @ Jin, Changkat Garam.
Jalan Pahang ni namanya dapat kemudian, nama lamanya yang lain Gunung Berembun. Gunung Berembun tu Cameron, sebelum Sir William Cameron buat ekspedisi Survey @ teroka, pada tahun 1884. Ekspedisi survey tu buat tanda sempadan negeri & teroka tempat² baru oleh British.