Tarian Poco-poco merupakan sejenis tarian beramai-ramai yang berbentuk aerobik dan popular sebagai aktiviti riadah di Malaysia & Indonesia . Bagaimanapun tarian ini menimbulkan pertikaian apabila ia telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada Januari 2011 kerana mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama, juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ia sering diamalkan di Jamaica dan bercirikan agama Kristian.[1][2]
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh. [3], [4] Berita mengenai pengharaman tersebut turut mendapat litupan berita di Indonesia [5], [6], Qatar [7], dan beberapa negara lain.[8], [9]
Terdapat dua teori berkenaan asal tarian tersebut iaitu samaada dari Filipina atau Indonesia.[10]
Berdasarkan perkataan "poco" dalam sesetengah kamus merujuk kepada sejenis tarian liar yang dilakukan ketika bersawai dirasuk oleh "semangat leluhur". Ini termasuk istilah Gila Poco ("Pocomania") menurut Encyclopædia Encarta [11], dan Encyclopædia Britannica [12]
Tarian Poco-poco mempunyai unsur salib ekoran, langkah pergerakan ke kanan-kiri-depan-belakang. Tarian Poco-poco juga merupakan turutan langkah pergerakan dari kanan ke kiri dan belakang ke hadapan, (menyerupai salib). Pihak BBC Indonesia pula melaporkan bahawa seorang anggota PAN dari Kuala Selangor, Dzulkefli Ahmad sebagai berkata"Mengapa tarian ini perlu dipermasalahkan. Ini perkara budaya dan diminati sejumlah pihak untuk hiburan. Seorang mufti seharusnya menangani perkara besar seperti keadilan, korupsi dan bukan poco-poco, yang bukan perkara besar," [13]
Selain itu terdapat juga percampuran jantina dalam amalan tarian tersebut.
Berdasarkan hujah-hujah di atas, ia telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada Januari 2011. Bagaimanapun beberapa negeri lain masih belum membuat belum membuat keputusan dan sedang membuat kajian lanjut.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad telah menyeru Majlis Fakta Kebangsaan mengkaji tarian tersebut. Beliau menambah bahawa perkara tersebut perlu dibincangkan pada peringkat kebangsaan.
Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, majlis fatwa negeri tidak mengeluarkan garis panduan yang melarang orang ramai menari poco-poco selagi ia tidak bertentangan dengan hukum Islam. Mengulas lebih lanjut, Dr Juanda yang juga Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan berkata beliau akan meneliti apakah asas-asas yang digunakan oleh Majlis Fatwa Perak sebelum membuat apa-apa keputusan dan menambah bahawa di Perlis hingga kini kita tidak pernah haramkan atau galakkan orang menari tarian poco-poco.
Beliau berkata bahawa akan meneliti apakah asas-asas yang digunakan dalam pengharaman tarian ini. Setakat ini kita isu ini tidak pernah dibincangkan oleh Majlis Fatwa Negeri.[14]
Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad menegaskan bahawa isu tersebut akan dirujuk dan dibincangkan dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah dalam masa terdekat. Isu ini perlu diteliti terlebih dahulu sebelum tindakan selanjutnya diambil.
Pengharaman tersebut telah mendorong beberapa pihak membuat ulasan seperti berikut:-
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa masyarakat Islam di Malaysia boleh terus mengamalkan tarian poco-poco selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan garis panduan Amalan Kebatinan Dalam Persembahan Kesenian Tradisional Masyarakat Melayu 2007. Ini berdasarkan bahawa mana-mana amalan boleh dilakukan umat Islam asalkan tidak bertentangan agama Islam dan menyerupai agama lain.
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata umat Islam boleh mengamalkan tarian atau senaman itu selagi mematuhi panduan termasuk etika berpakaian, tiada pergaulan bebas, mistik, ritual, kebatinan, tahyul dan khurafat yang boleh jejaskan akidah.
Bagaimanapun, jawatankuasa itu menghormati keputusan Perak mengharamkan poco-poco di negeri itu Januari lalu, yang berdasarkan pembabitan seseorang dalam apa juga dan menyerupai agama lain dan bertentangan dengan ajaran Islam, adalah haram. [20], [21],