Techichi[a] ialah satu baka anjing kecil pupus yang dibiakbakakan oleh budaya Toltek pada abad ke-9 Masihi. Ia dianggap sebagai leluhur kepada anjing Chihuahua moden.[1][2][3][4][5]
Techichi berbeza-beza dari segi penampilan, dengan lapis bulunya yang berkisar daripada perang, perang dan putih, hitam dan putih, hingga hitam. Telinganya kadang-kadang dipotong dekat dengan kepala, tetapi ekornya dibiarkan tidak terpotong dalam keadaan semula jadi.[6]Techichi adalah bisu dan tidak dapat menyalak.[1][7]
Techichi adalah lebih besar daripada anjing Chihuahua moden, tetapi dibiakbakakan menjadi anjing lebih kecil dan lebih ringan yang dikenali kini oleh orang Aztek.[3][8] Orang Eropah pertama yang menghadap baka anjing ini ialah penjelajah Sepanyol Francisco Hernández, yang melaporkan kewujudannya pada tahun 1578. Beliau menulis bahawa orang asli memakannya sama seperti mereka memakan arnab. Pihak Sepanyol, yang kerap kekurangan makanan, memakannya dalam ekspedisi mereka juga. Terdapat anggaran bahawa penjelajah Sepanyol memakan sebanyak 100,000 ekor techichi dan, menjelang abad ke-19, ia telah lenyap sama sekali.[6] Mulai pertengahan tahun 1800-an, orang di luar Mexico menanam minat pada baka ini dan mendapati banyak keturunan modennya di negeri Chihuahua di Mexico, yang daripadanya baka moden ini mendapat namanya.[9][10]
Untuk orang Toltek, techichi dipercayai mempunyai kuasa ghaib, seperti melihat masa hadapan, dan ia kerap dikorbankan supaya dapat membimbing pemiliknya di akhirat.[11] Seperti orang Toltek, orang Aztek juga percaya bahawa techichi dapat membimbing roh manusia selepas kematian dan bahawa ia dapat menjaga piramid jika dikebumikan di bawah piramid berkenaan.[12] Beberapa artifak pra-Columbus telah ditemukan yang menggambarkan anjing, termasuk mainan beroda[13] dan periuk orang-orangan.[14] Ia dimakan sebagai makanan oleh manusia dan jantan pembaka dan betina induk tertentu disimpan untuk menghasilkan sebanyak-banyak perinduk.[6]
^ abCooley, Mackenzie (26 Oktober 2022). The Perfection of Nature: Animals, Breeding, and Race in the Renaissance [Penyempurnaan Alam Semula Jadi: Haiwan, Pembiakbakaan, dan Baka pada Zaman Renaisans] (dalam bahasa Inggeris). Chicago, Illinois, Amerika Syarikat: University of Chicago Press. ISBN9780226822280. OCLC1300756651.
^Segura, Valentina; Geiger, Madeleine; Monson, Tesla A.; Flores, David; Sánchez Villagra, Marcelo Ricardo (20 Ogos 2020), The History of Domesticated Dogs in the Americas [Sejarah Anjing Bela Jinak di Benua Amerika] (dalam bahasa Inggeris), doi:10.20944/preprints202008.0453.v1