Teh talua | |
---|---|
Jenis | Minuman ringan, Makanan jalanan, jajan pasar, pencuci mulut |
Jenis sajian | Minuman |
Tempat asal | Indonesia |
Kawasan/rantau | Sumatera Barat |
Dicipta oleh | Orang Minang |
Suhu penghidangan | Sejuk |
Bahan utama | Kuning telur, air teh, gula |
Bahan yang biasa digunakan | Asam |
sunting · sunting di Wikidata |
Teh talua atau teh telur ialah sejenis minuman dari Sumatera Barat[1] yang masyhur di rantau itu. Ramuannya (tambahan pada air masak) ialah teh, gula, kuning telur dan limau kesturi. Telur yang digunakan biasanya adalah telur ayam kampung. Ia biasa diminum oleh para petani yang hendak meladang sebagai penambah stamina kerja.
Satu kaedah tradisional menyediakan minuman ini adalah dengan mengacau kuning telur dan dua sudu gula dalam satu gelas, sehingga wujud suatu adunan. Tuangkan satu sudu air mendidih ke dalam serbuk teh. Tuangkan teh ke dalam adunan dan kacau. Tambah limau kesturi menurut cita rasa.
Sekiranya dibiarkan seketika setelah diseduhkan dengan air teh panas, teh talua akan memaparkan lapisan unik apabila dilihat dari gelas yang jernih. Lapisan atas ditutupi dengan buih, bahagian tengah berwarna putih dan bahagian bawah berwarna keperangan.