Koordinat: 1°28′30.0″N 103°43′26.4″E / 1.475000°N 103.724000°E
Teluk Danga Danga Bay | |
---|---|
Pekan | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Johor |
Daerah | Johor Bahru |
Keluasan | |
• Tanah | 22.26 ha (55.01 ekar) |
Danga Bay Teluk Danga | |
---|---|
Lokasi | |
Koordinat | 1°28′30″N 103°43′26″E |
Keluasan | 1.8 km2 |
sunting · sunting di Wikidata |
Teluk Danga (Jawi: تلوق دڠا , bahasa Inggeris: Danga Bay ) merupakan pusat rekreasi terbesar di bandar Johor Bahru, Johor, Malaysia. Tempat ini juga terletak berdekatan dengan Istana Bukit Serene iaitu kira-kira 7 kilometer dari pusat bandar Johor Bahru. Pelbagai acara juga pernah diadakan di sini.
Tempat ini boleh dituju melalui pelbagai rangkaian pengangkutan seperti jalan raya utama, Lapangan Terbang Antarabangsa, hab kargo dan pelabuhan. Projek-projek besar juga telah dikenal pasti untuk dibina di sekitar kawasan ini termasuklah pusat hab yang baru yang terdiri daripada kewangan, komersial, hotel, pameran, pusat konvokesyen, marina dan harta kediaman yang mewah.
Pembangunan bermula dengan projek tebus guna tanah sejak 1990-an. Walau bagaimanapun, kerja-kerja Teluk Danga terhenti pada 2007 akibat tempias krisis ekonomi dunia yang mengenai Malaysia sebelum disambung semula pada 2012.[2]
Tempat ini terletak di bahagian selatan tengah Iskandar Malaysia serta merupakan pusat pembangunan kediaman dan komersial yang pertama dan terbesar di Johor Bahru. Teluk ini terbentang indah sepanjang pantai yang berukuran 25 kilometer serta menghadap Selat Johor dan meliputi kawasan yang berkeluasan kira-kira 450-ekar (1.8 km2).[1]
Teluk Danga boleh dituju dari Lebuhraya Skudai (Laluan persekutuan LP 1) melalui jalan pertukaran Teluk Danga yang menjadi laluan Jalan Skudai yang juga terletak berdekatan Istana Bukit Serene. Pelancong yang datang dari pusat bandar Johor Bahru boleh mengakses tempat ini melalui Jalan Skudai.
Beberapa aspek impak Teluk Danga terhadap warga penduduk pesisir telah dikaji. Satu isu berkenaan pembinaan Teluk Danga ialah impak sosioekonomi kepada penduduk Orang Asli Orang Seletar di pesisir. Pemerhatian oleh ahli linguistik, Samsur Rijal Yahaya sepanjang 2000-an mendapati bahawa pembangunan penambakan tanah Teluk Danga telah menjejaskan ekosistem laut yang menjadi mata pencarian warga peribumi di sana. Hal ini menyebabkan mereka terpaksa mencari pendapatan baharu seperti menjual besi buruk.[3]