Tengku Muhammad Fa-iz Petra | |||||
---|---|---|---|---|---|
Tengku Mahkota Kelantan | |||||
Tempoh | 18 Oktober 2010 - 4 Januari 2024 | ||||
Didahului oleh | Tengku Muhammad Faris Petra | ||||
Diikuti oleh | Tengku Muhammad Fakhry Petra | ||||
Tengku Bendahara Kelantan | |||||
Tempoh | 30 Mac 1989 - 18 Oktober 2010 | ||||
Didahului oleh | Tengku Yahya Petra | ||||
Diikuti oleh | Tengku Muhammad Fakhry Petra | ||||
Keputeraan | Tengku Muhammad Faiz Petra bin Tengku Ismail Petra 20 Januari 1974 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia | ||||
Pasangan | Che Puan Sofie Louise Johansson Petra (k. 2019) | ||||
Anakanda | Tengku Muhammad Johan Petra | ||||
| |||||
Kerabat | Long Yunus | ||||
Ayahanda | Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra | ||||
Bonda | Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid | ||||
Agama | Islam | ||||
Tandatangan |
YMM Raja Perempuan Tengku Anis |
YAM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra |
YTM Tengku Mahkota |
YAM Tengku Maharani Putri
|
YBM Tengku Laksamana
|
YBM Tengku Temenggong
|
YBM Tengku Sri Kelana D’Raja |
YBM Tengku Kaya Perkasa |
YBM Tengku Keso’ma Mastika |
Yang Amat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra (Jawi: يڠ أمت موليا تڠکو محمد فائز ڤيترا ابن المرحوم سلطان إسماعيل ڤيترا ; diputerakan pada 20 Januari 1974 di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia) ialah seorang ahli kerabat diraja Kelantan yang dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan dari 18 Oktober 2010 hingga 4 Januari 2024.[1]
Beliau telah diputerakan di Kota Bharu, Kelantan pada 20 Januari 1974. Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ialah putera Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid. Beliau ialah putera kedua daripada tiga putera dan seorang puteri iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra dan Yang Amat Mulia Tengku Maharani Putri Tengku Amalin A’ishah Putri binti Almarhum Sultan Ismail Petra.[2]
Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (1), Kota Bharu, Kelantan. Kemudian, beliau berangkat ke London untuk menyambung pelajaran peringkat menengah dan memilih Oakham School Rutland, England sebagai destinasi pengajiannya. Selepas berjaya mendapat 10 GCSE'S dan 3 A-Level, beliau menyambung pengajian di Sekolah Ekonomi London. Beliau telah lulus dengan meraih Ijazah Sarjana Muda Sejarah. Semasa di London, beliau sempat mendaftar di Universiti Firence untuk mempelajari Bahasa dan Sastera Itali pada peringkat asas dan pertengahan.
Sebagai seorang yang cintakan ilmu pengetahuan, peluang yang diberi untuk mendalami ilmu tidak disia-siakan beliau. Setelah memperolehi ijazah pertama dalam bidang sejarah, beliau terus berada di London bagi melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. beliau telah memilih Kolej Universiti London bagi menyambung pelajaran peringkat Sarjana dan berjaya mendapat Ijazah Sarjana Sejarah Purba. Di universiti dan dalam bidang yang sama juga, beliau telah berjaya pula memperoleh ijazah lanjutan MPHIL.
Tidak cukup dengan Ijazah Sarjana, beliau menyambung pelajaran peringkat kedoktoran falsafah pula dalam bidang yang sama. Masa lapang beliau diisi dengan membaca dan melukis. Dalam bidang sukan, beliau sangat berminat dalam permainan bola sepak.
Beliau telah diisytiharkan sebagai Yang Amat Mulia Tengku Bendahara Kelantan sempena sambutan ulangtahun ke-40 keputeraan Al-Sultan Kelantan pada tanggal 30 Mac 1989. Beliau kemudian dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) yang ke-17 dari 21 Jun 2009 hingga 18 Mac 2019.
Beliau telah dimasyhurkan sebagai Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan setelah dipertimbangkan oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Laksamana Kelantan Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ibrahim. Majlis rasmi penyerahan pelantikan beliau sebagai Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan telah diadakan bertempat di Istana Negeri, Kubang Kerian pada tanggal 18 Oktober 2010. Menurut Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan, Tengku Mahkota boleh dilantik sebagai pemerintah atau Pemangku Raja Kelantan sekiranya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan berada di luar negeri dalam tempoh melebihi 30 hari ataupun tidak mampu menjalankan tugasan rasmi baginda, melebihi tempoh yang sama.
Beliau telah dipakai pangkat Laksamana Pertama (Kehormat) Tentera Laut D’Raja Malaysia (TLDM) pada 5 April 2013.
Pada 8 Disember 2016, beliau telah dilantik sebagai Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan apabila kekanda beliau Sultan Muhammad V dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.
Beliau dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 19 September 2011 sebelum dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan pada 16 Februari 2017.
Pada 23 November 2022, beliau telah dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Malaysia Kelantan setelah kekanda beliau, Sultan Muhammad V dimasyhurkan sebagai Tuanku Canselor yang baharu.[3]
Pada 4 Januari 2024, gelaran Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan yang dikurniakan kepada beliau telah ditarik balik dan diberikan kepada adinda beliau iaitu Tengku Muhammad Fakhry Petra.
Beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra yang juga merupakan warganegara Sweden di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada hari Jumaat, 13 Syaaban 1440H bersamaan 19 April 2019M.[4]
Pasangan diraja ini telah dikurniakan anakanda pertama dan putera sulung diberi nama Tengku Muhammad Johan Petra yang diputerakan pada 17 Julai 2023.[5][6]
Beliau berkahwin dengan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra pada 19 April 2019. Pasangan diraja ini dikurniakan dengan seorang putera.
Nama | Keputeraan | Tempat Keputeraan | Umur |
---|---|---|---|
Yang Mulia Tengku Muhammad Johan Petra |
17 Julai 2023 | Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan | 1 tahun, 6 bulan dan 17 hari |
Gelaran hormat bagi Tengku Muhammad Fa-iz Petra | |
Gaya panggilan | Yang Amat Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Yang Amat Mulia |
Gaya pilihan | Tengku |
Nama penuh dan gelaran rasmi Tengku Muhammad Fa-iz Petra ialah:
Yang Amat Mulia Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra, D.K., S.P.M.K., D.M.K. (Kedah)
Keturunan Tengku Muhammad Fa-iz Petra | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Beliau telah dianugerahkan:[8][9]
|dead-url=
ignored (bantuan)
Tengku Muhammad Fa-iz Petra Kerabat Diraja Kelantan Tarikh keputeraan:
20 Januari 1974 | ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Tengku Muhammad Faris Petra |
Tengku Mahkota Kelantan 2010 – 2024 |
Diikuti oleh: Tengku Muhammad Fakhry Petra |